Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






01 November 2011

Kisah Epal dan Perempuan

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut
menerangi alam.Tapi sayang,itu semua tidak dapat memadam kegundahan
hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.
 Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir,kenapa aku tidak dipetik orang?
Kulitku lincin mulus.Warnaku merah bersinar.Sesiapa yang melihat pasti terbakar
seleranya.Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku masih
tidak dipetik orang?
 Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan,kenapa manusia memilih rakan-rakannya
yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih
dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini?Bukankah rakan-rakanku
itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?
 Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakanya yang telah pun
disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan,bukan dirinya yang belum
tercemar dan dicuit orang.Apa kurangnya dirinya ini?
Perasaan rendah diri mula bertandang.Makin lama makin menebal,diselangi rasa kecewa
dan bimbang.Murungnya tidak tertanggung lagi.Lalu,pada pagi yang damai dan indah itu,epal
tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang.
Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang lincin mulus ini
pasti mencairkan liut mereka.
 Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam,tiada seorang pun datang mengambilnya.Buah-buah
yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek,dicuit-cuit dan disentuh-sentuh
juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Dari pada risau menjadi sedih.
 Siang berganti malam,hari berganti minggu.Kasihan...akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak...
  Seorang perempuan ibarat epal.Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia berguguran ditanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli,berada di puncak.Susah dipetik,sukar digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu,Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.
Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakan yang lain.Akhirnya,tiada lagi wanita yang suci dan mulus,di sekelinling kita ini.
Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegangan tangan dengan sang kekasih dan bercumbu-cumbuan di taman bagai suami isteri,ingatlah anda pada artikel ini.


Untuk letakkan entri ini dalam blog anda sila,ikut langkah dibawah
Copy Code dalam Box Dibawah>New Post>Html>Publish Post



2 comments:

Sponsor