Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






17 December 2011

Nasihat untuk orang islam yang ingin buat perkara tidak yang elok agar xkantoi..

"Jalan Pegawai,Alor Setar.Tempat golongan muda-mudi melepak,termasuk penulis wakaka,hilang tension nak pergi jauh2 bajet xcukup".
  
Pada malam minggu lepas saya ada keluar ke pekan dengan rakan2 untuk menghilangkan boring.Ketika melihat ramainya pasangan menaiki motosikal berdua-duaan yang saya sendiri tidak pasti status hubungan mereka ada yang bertudung dan ada yang tidak,mungkin mereka juga ada yang merupakan pasangan suami isteri.Tetapi jika dilihat daripada tingkahlaku mereka tidaklah menampakkan mereka ini pasangan yang sah,kerana saya melihat jarang sekali pasangan yang berkahwin menaikki motosikal penumpang belakang yang selalunya SiIsteri akan peluk suaminya ibarat "sudah tidak mahu dilepaskan"sebab rasa stim tu dah kurang x seperti mula- berkahwin dahulu.
Jadi pendapat peribadi saya mengatakan bahawa golongan pasangan yang menaikki motosikal yang saya lihat itu belum berkahwin kebanyakkannya.
   Tetapi apa yang menghairankan saya adakah ibu bapa Si Perempuan itu tidak kisah tentang keselamatan anak perempuannya yang keluar tanpa pengawasan mereka sampai tengah malam atau mereka sudah melepaskan tanggungjawab mereka untuk melindungi anak perempuan mereka keatas SiLelaki yang membawa anak mereka keluar itu.Ataupun perbuatan anak mereka itu tidak disedari oleh ibubapa mereka(SiPerempuan),mungkin juga mereka tahu tapi buat2 xtahu kerana malas nak tegur.
  Saya mengakui bahawa walau sudah berumur 20 tahun dan boleh dikatakan sudah pandai menjaga diri tetapi ibubapa saya tetap akan bertanya kemana saya pergi,dengan siapa dan dengan apa setiap kali saya keluar walaupun secara logiknya risiko untuk saya dirogol adalah rendah(sebab saya lelaki) tetapi mereka masih ambil peduli tentang keselamatan saya.

Yang pasangan tu bezina,yang Makcik dua orang tu mengumpat,Pasangan tu berzina berdoa Allah ampun,tetapi makcik2 tu selagi xmintak maaf selagi tu dosa tidak diampun."Ingat jangan mengumpat,kerana dosa mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri".

Sekadar Hiasan

   Tetapi itu yang saya hairan dengan SiPerempuan yang keluar hingga lewat2 malam pada waktu itu siap ada yang bertudung lagi.Adakah ibubapa mereka sudah mempercayai dan yakin bahawa SiLelaki itu mampu melindungi anak2 perempuan mereka.Saya jika hendak katakan bahawa Si Lelaki itu mampu melindungi keselamatan seorang gadis yang mereka bawa keluar tanpa pengetahuan ibu bapa si perempuan atau tidak adalah sangat mustahil kerana kebanyakkan kes rogol yang suspeknya adalah kebanyakkan orang yang mangsa kenali terutamanya teman lelaki jadi bagai mana ibubapa si perempuan itu yakin dan berani melepaskan anak perempuan mereka keluar dengan seorang lelaki yang bukannya ada ikatan yang sah dengan anak mereka atau mereka tidak menonton berita dan membaca akbar.Kerana didalam seminggu berita akbar2 diMalaysia dipernah miss(terlepas) membicarakan tentang kes2 rogol.Persoalannya ibubapa SiPerempuan itu sedar atau tidak dan bagaimana dengan SiPerempuan adakah mereka tidak takut diapa2kan oleh lelaki tersebut ataupun sudah diapa2kan?.
  Disamping itu,jika seorang lelaki yang ingin berkahwin SiLelaki akan dinasihati agar memilih bakal pasangannya yang ada ilmu agama menutup aurat bertudung.Tetapi pada malam itu saya lihat perempuan yang bertudung membonceng motosikal SiLelaki sama banyak dengan yang tidak bertudung.Memang ada yang cakap pakaian tidak membuktikan iman seseorang.Tapi bertudung itu bukankah amalan wanita muslim jadi seorang muslim tidak akan mendekati zina dan membonceng motosikal lelaki yang bukan mahram dan tiada ikatan adalah pelakuan zina.Patutlah apabila menasihati perempuan yang tidak bertudung mereka menjawab"eleh yang bertudung pon sama buat itu,buat ini,kenapa nak nasihatkan kami,pergilah nasihatkan mereka yang bertudung dulu".Tengoklah wahai pembaca jika jawapan ini yang mereka berikan apa yang si pemberi nasihat itu nak jawab melainkan mendiamkan diri dan membiarkan perkara2 tidak elok terus dilakukan tanpa dibendung.
  Itu baru kes pakai tudung,yang lagi teruk ada yang berlajar agama sampai luar negara pun ada terjerumus ke lembah zina,apa yang mereka belajar xtahulah sampai Uztaz dan Uztazah ditangkap berkhalwat pun ada.Bila difikirkan balik dengan fikiran saya yang waras ini untuk selesai masalah ini memang sukar jika orang yang kita harapkan boleh membela nasib umat islam sendiri pun melakukan perkara yang salah pada siapa lagi yang kita boleh harapkan kecuali diri sendiri dan hidayah dari Allah s.w.t.

Nasihat saya untuk mereka yang beragama islam yang ingin melakukan perkara tidak elok adalah
-Sebelum ingin melakukan perkara yang tidak elok fikirkanlah,jika waktu ini kita sendiri melakukannya apa pula yang waris2 kita akan buat,kerana ada pepatah yang mengatakan"Seorang anak imam boleh menjadi perompak,mustahil anak seorang perompak menjadi seorang imam"kerana perbuatan kita akan menjadi seperti darah yang mengalir didalam tubuh,ia akan terus diwarisi.Sebab itu bila ditanya kepada remaja2 sekarang yang menagih dadah bagaimana boleh terpengaruh banyak jawapan mereka adalah diwarisi dari keluarga mereka sendiri.
-Fikirkan jika anak anda melakukan keburukkan yang anda pernah lakukan sebelum bagaimana anda ingin menasihati mereka kerana jawapan mereka sudah pasti"ayah dulu pun bawa anak dara orang kesana kemari,kenapa saya tidak boleh?apa bezanya saya dan ayah?adakah Allah kecualikan ayah daripada menanggung dosa?"...Jika ini jawapan mereka kepada anda apa yang akan anda jawab.Saya yakin anda akan tunduk diam dan mengesal dengan perbuatan anda yang lalu.Tengok bagai mana Jai(Adi putra) berkata kepada abangnya Malek(Aaron Aziz).

Malek:Apasal kau sibuk sangat,sampai xboleh jaga Mak,sibok nak jadi taiko?
Jai:Eh!!kalau aku taiko kau tu apa?aku rasa kau lebih teruk daripada aku,jadi tak sesuai nak azankan aku.
(Malek hanya terkelu dan Jai berlalu pergi).

-Sebelum anda melakukan perkara yang buruk sila pastikan imej anda tidak menunjukkan anda islam,kerana dengan perbuatan anda imej islam sebagai agama yang suci dan baik yang dikatakan membawa kebaikkan menjadi buruk kerana perbuatan anda.Dan jangan sampai orang cakap "yang berlajar agama dan yang bertudung pun buat perkara tidak elok" kerana mereka yang betul2 belajar agama iman mereka kuat dan bertudung adalah pakaian yang disarankan islam,kerana perempuan yang baik dan bertudung kerana agama tidak akan melakukan perbuatan buruk terutamanya zina.Dan kerana perbuatan anda nama Si Bertudung pun menjadi buruk dek kerana perbuatan anda.

-Fikirkan sebelum melakukan maksiat tentang ibubapa anda terutama mereka yang telah meninggal,kerana perbuatan kita mencerminkan kita dan cara didikan mereka.Jangan tunjukkan kepada masyarakat yang ibubapa kita tidak membimbing kita dengan baik.Ada juga yang cakap"diri kita seperti ibubapa kita ketika mereka seusia kita,jika buruk kita buat ia menunjukkan bahawa mereka juga buat perkara buruk tersebut.

-Ingat balasan masa akan datang,ini saya tujukan kepada SiLelaki,jika hari ini anda merosakkan anak dara orang,Sudah pasti perkara yang sama berlaku kepada anak,cucu dan cicit kita.Dan adakah bila ia berlaku kita hendak melihat sahaja dan menyesal pada masa itu kerana hidup ibarat roda berputar."Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna" kerana"nasi telah menjadi bubur"Jika nasi boleh kita jadikan bubur tetapi sukar untuk menjadikan bubur menjadi nasi.

-Ingat pesana Allah didalam Al-quran bahawa setiap perbuatan yang beik akan dibalam baik dan setiap perbuatan buruk akan dibalas buruk.


Cara untuk mengatasi
-Banyakkan belajar ilmu agama dan berdoa kepada Allah s.w.t.
-Mendampingi orang2 yang baik.
-Bersama menyeru kearah kebaikkan.
-Berfikiran positif.

Itu sahaja yang dapat saya coretkan disini,segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kesalahan saya sendiri.Semoga karya saya ini menjadi pedoman dan nasihat untuk kita semua menjalani kehidupan sementara yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk mengumpul amalan untuk berkalan di akhirat sana.Jika ada terkasar bahawa dan menyinggung hati mana2 pihak saya mohon ampun dan maaf,tujuan saya bukan untuk memburukkan mana2 pihak cuma sekadar menberi pandangan dan nasihat yang datang dari fikiran logik saya.Saya sedar yang saya sendiri bukanlah baik sangat cuma ingin memberi peringatan untuk kita semua tidak pun cukuplah sekadar diri sendiri.
   Jika anda berminat untuk mengambil topik ini sebagai kandungan blog/web dll adalah dibenarkan cuma dengan syarat meletakkan link blog saya dibawah kandungan anda.Sila Like dan Share,sebarang cadangan atau kritikan bolehlah diisi diruangan comment dibawah.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Sponsor