Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






27 June 2011

Sejarah kumpulan Rock Malaysia

Spring (kugiran)


zumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan rock pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987.
Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik War Rock 1 pada 1987 & War Rock 3 pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan Mega, Iklim & Ekamatra. Trademark kumpulan spring adalah lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan Pop Rock, Ballada & kebanyakkan Akoustik Version.
Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada pertengahan 1990-an menerusi lagu Sampai Hati, Bourgeinvilla dan Romantis, Kumpulan spring juga turut popular menerusi lagu lagu yang bercorak akoustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku. Fenomena itu menyebabkan kumpulan Spring merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album Kompilasi Spring ( Pujaan Gemilang ). Walaupun pada pertenggahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia seperti kumpulan Exist, Slam, Ukays dan Umbrella namun Kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya Kumpulan Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh cinta pada tahun 1998.

AHLI ANGGOTA KUMPULAN SPRING

Anggota asal sejak 1987 hingga 2002:
  1. AMENG - Vokal
  2. ISKANDAR - Gitar elektrik
  3. ZAHAR - Gitar akoustik
  4. EMPY (MP) - Gitar bes
  5. ACONG - Dram

ALBUM ALBUM KUMPULAN SPRING

  • 1987 - WAR ROCK 1 ( KOMPILASI )
  • 1989 - WAR ROCK 3 ( KOMPILASI )
  • 1991 - SPRING
- Hits Songs
  • SEJIWA

1993 - SPRING - SAMPAI HATI
- Hits Songs
  • SAMPAI HATI
  • KEMARAU KASIH
  • SINAR ABADI

1994 - SPRING - BOURGENVILLA
- Hits Songs
  • BOUGENVILA
  • BUTAKAH CINTA
  • SEPI TANPA CINTA

1995 - SPRING - JUJUR
- Hits Songs
  • SEJUJUR MANA KATA KATA
  • KEADAAN MEMAKSA
  • JINAK MERPATI

1995 - PUJAAN GEMILANG SPRING ( KOMPILASI )
- Hits Songs
  • CEMPAKA DI REMBULAN ( Lagu Baru )
  • TAMU BERADU ( Petikan Album Kompilasi Pasti Hitz )
  • SEJIWA ( Versi Unplugged )
  • KASIH YANG TAK PASTI ( Feat Ameng & Opie / Petikan Album Panji )

1996 - SPRING - 5
- Hits Songs
  • ROMANTIS
  • PERSADA CINTAKU
  • NIRWANA

1997 - SPRING - LUAHAN
- Hits Songs
  • KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA
  • LUAHAN
  • KU LEPASKAN KAU PERGI

1998 - SPRING - KERANA BUDI
- Hits Songs
  • KERANA BUDI AKU JATUH HATI
  • UTUSAN LAMA

1999 - GALERI SPRING ( KOMPILASI )
- Hits Songs
  • PESANAN BUAT KEKASIH

2000 - KEGEMILANGAN SPRING ( SPRING )
- Hits Songs
  • MENGAPAI SINARMU

2001 - SPRING - HATI MAHU BAIK
- Hits Songs
  • SAMBUTLAH CINTAKU
  • HATI MAHU BAIK

2003 - SPRING VS SLAM ( KOMPILASI )

2004 - SPRING VS SLAM ( KOMPILASI

LAGU LAGU POPULAR SPRING

  1. SAMPAI HATI
  2. KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA
  3. ROMANTIS
  4. SEJIWA
  5. BOUGENVILA
  6. BUTAKAH CINTA
  7. PESANAN BUAT KEKASIH
  8. SEJUJUR MANA KATA KATA
  9. PERSADA CINTAKU
  10. KERANA BUDI AKU JATUH HATI
  11. CEMPAKA DI REMBULAN
  12. MENGAPAI SINARMU
  13. SAMBUTLAH CINTAKU
  14. UTUSAN LAMA
  15. KEMARAU KASIH
  16. SEPI TANPA CINTA
  17. KEADAAN MEMAKSA
  18. SINAR ABADI
  19. SEMOGA CINTA KITA BAHAGIA
  20. HATI MAHU BAIK
  21. NIRWANA
  22. LUAHAN
  23. JINAK MERPATI
  24. KU LEPASKAN KAU PERGI
  25. TAMU BERADU
  26. JANGAN BEGITU
  27. SESEKALI TERLUPA
  28. HADIRMU
  29. TERINGAT
  30. KU BINGGUNG
  31. BUKANNYA SALAHKU
  32. PERMATA YANG RAPUH

[sunting] KARIER SOLO AMENG ( SPRING )

- ALBUM
  1. AMENG - LANGKAH SEMAKIN JAUH ( 2003 ) ( SONY MUSIC )
  2. AMENG - TERIMA KASIH ( 2010 ) ( FMC )

- FILEM
  • ISKANDAR Arahan - Azhar Othman ( AWIE )
- Pelakon
  • Ameng ( Spring )
  • Awie

- SINGLE SINGLE SOLO AMENG
  1. LANGKAH SEMAKIN JAUH ( ZUL MAHAT / AMRAN OMAR )
  2. PUISI SANG ARJUNA ( SAARI AMRI )
  3. KASIH YANG TAK PASTI ( Feat Ameng / SPRING & Opie / PANJI ) - ( Petikan Dari Album KUMPULAN PANJI )
  4. YA HABIBI UMAIRAH ( AMRAN OMAR )
  5. SALAM AIR MATA ( AMENG / JUWIE )
  6. KESALAN KU ( M.NASIR )
  7. SUDIKAH JADI KEKASIHKU ( EDDIE HAMID )
  8. SRTANGKAI KEMBANG MELATI ( AMENG & SULIZA SALAM )

May (kugiran)



Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).
Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik-Muzik

Ahli sekarang

  1. Mustaffa - penyanyi utama
  2. Sharip - dram
  3. Nasir - gitar
  4. Mohktar - bes

Ahli terdahulu

  1. Yantzen - penyanyi
  2. Wan/Oney - penyanyi

Ahli sekarang

  1. Mustaffa - penyanyi utama
  2. Sharip - dram
  3. Nasir - gitar
  4. Mohktar - bass

Ahli terdahulu

  1. Yantzen - penyanyi
  2. Wan/Oney - penyanyi

Album

May - Dilema (1988) 01 - Impian 02 - Tiada Lagi Engkau 03 - Emosi Muda 04 - Kau Masih Lena 05 - Keadilan 06 - Trajidi 07 - Sketsa Sebuah Cinta 08 - Haruskah 09 - Gadis Misteri 10 - Ku Dalam Dilema

May - Hakikat (1989) 01. Dari Kacamata 02. Sendiri 03. Pelayaran 04. Cintamu Mekar Di Hati 05. Penghuni Kota 06. Cintaku Sewangi Kasihku 07. Hakikat Perjuangan 08. Grafiti 09. Janji Illahi 10. Dalam Kembara

May - Rahsia (1990) 01 - Racun Bermadu 02 - Gadis Bertudung Putih 03 - Rahsia Kota 04 - Terukir Janji 05 - Black Area 06 - Pahlawan Mimpi 07 - Diari Cinta Pertama 08 - Batu Api 09 - Genggam Bara 10 - Pasrah Impian Siksa

May - Strategi (1991) 01 - Strategi 02 - Abadi 03 - Duri 04 - Empat Sudut Berdiri 05 - Raja Jiwa 06 - Alam 07 - Generasi 08 - Singa Taring Palsu 09 - Teman Tak Bernyawa 10 - Sendiri Untuk Ke Mana

May - Ziet Giest (1992) 01 - Ziet Geist 02 - Resah 03 - Senjata Gila, Atomic War 04 - Meniti Suratan 05 - Dont Stop May From Rock N Roll 06 - Jeritan Mentaliti 07 - Visions Of Emotion 08 - Obsession 09 - Renda

May - Wira Cyborg (1994) 01 - Wira Cyborg 02 - Suci 03 - Huru Hara 04 - Exorcism 05 - Hasrat Cinta Dan Tuhan 06 - Ratu Cinta 07 - Madu Beracun 08 - Steel Warrior 09 - Kau Ingat Kau Siapa 10 - Tiada Lagi Berseri

May - Ideologi (1995) 01 - Janji 02 - Ideologi 03 - Ikhlas 04 - Mat Gonjeng 05 - Cuma Cuma 06 - Genocide 07 - Let's Get Real 08 - Trajis Impi 09 - Hukuman Cinta 10 - Cinta Tersia

May - Layar (1995) 01 - Layar 02 - Grafiti 03 - Membantah Kata 04 - Penghuni Kota 05 - Strategi 06 - Dimana Harga Dirimu 07 - Hakikat Perjuangan 08 - Dari Kaca Mata 09 - Jauh Rasanya 10 - Arca Kehidupan

May - Penaklukan (1997) 01 - Mahligai Fantasi 02 - Roda Dunia 03 - Jemu 04 - Taklukan 05 - Nafsu Puaka 06 - Rock Rapsodi 07 - Penunggang Qada Dan Qadar 08 - Penanti 09 - Membujur Lalu Melintang Patah 10 - Beradu Terasing
May - The Best Of May (2002) 01 - Sendiri 02 - Cintaku Sewangi Kasihku 03 - Cintamu Mekar Di Hati 04 - Jemu 05 - Kau Ingat Kau Siapa 06 - Madu Beracun 07 - Meniti Suratan 08 - Sinar 09 - Sketsa Sebuah Cinta 10 - Suci

May - Sinar (2003) 01 - Sendat & Ketat 02 - Sinar 03 - Pasti...Tak Tahu 04 - Kedua Kali 05 - Jiwa Karat 06 - Sendiri Mahu Ingat 07 - Peluru Sesat 08 - Nanti Dulu 09 - Salam Buat Along 10 - Mai Pen Rai
May - Live & Unplugged at Planet (2005) 01 - Sendat & Ketat 02 - Jiwa Karat 03 - Pelayaran 04 - Penghuni Kota 05 - Graffiti 06 - Dari Kaca Mata 07 - Mai Pen Rai 08 - Sinar 09 - Gadis Bertudung Putih 10 - Sketsa Sebuah Cinta 11
- Ku Dalam Dilema 12 - Sendiri 13 - Cintamu Mekar Dihati 14 - Wira Cyborg 15 - Meniti Suratan (Yantzen)] 16 - Siapa Kau 17 - Hakikat Perjuangan

* May - Otai Jamm 2 (2006) 1. Penaklukan 2. Hiasan Kalbu 3. Senjata Gila 4. Kau Ingat Kau Siapa 5. Resah 6. Dendam 7. Derita Bangsa 8. Jemu 9. Dusta 10. Keadilan 11. Bergegar Segunung Rindu 12. Riwayat Mandolin

Lagu-lagu

  1. Sinar
  2. Sendat & Ketat
  3. Salam Buat Along
  4. Jemu
  5. Sendiri
  6. Sketsa sebuah cinta
  7. Dalam kembara
  8. Pelayaran
  9. Dari kacamata
  10. Pemuzik Muda
  11. Derita Bangsa
  12. Gadis Misteri
  13. Kembalilah Semula
  14. Bayangan Hidup
  15. Mai Pen Rai
  16. Suci
  17. Tiada Lagi Berseri
  18. Layar
  19. Arca Kehidupan
  20. Singa Taring Palsu
  21. Empat Sudut Aku Berdiri
  22. Gadis Bertudung Putih
  23. Abadi
  24. Graviti
  25. Cintamu Mekar Dihati
  26. Diari Cinta Pertama
  27. Hakikat Perjuangan
  28. Penghuni Kota
  29. Wira Cyborg
  30. Jiwa Karat

Wings


Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.

Penyanyi


Penyanyi Utama
  1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari Ini
  2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
  1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
  2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988 - Hari Ini
Pemain Bass
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 - Hari Ini
Pemain Dram
  1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 - Hari Ini
  2. Jojet 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.

Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
  2. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
  3. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
  4. Black(Azmi Hashim)

Sofea

Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).
Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.
Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
Sofea pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Pada tahun 1986, mereka telah menyertai Battle of The Band pada tahun tersebut. Selepasnya, mereka telah turut disertakan dalam album Battle of The Band (1986). Setelah album ini keluar, mereka sudah tidak lagi diuruskan oleh Syed Yusuf, lantaran ini mereka menukar nama mereka kepada Sofea.
Pada tahun 1987, mereka kembali dengan album pertama mereka dengan nama Sofea berjudul Kembali. Album ini mengandungi sepuluh lagu dan telah diterbitkan serta diedarkan oleh Warnada Sdn. Bhd.. Album ini turut menggunakan khidmat pemuzik luar daripada kumpulan yakni Raymond Lim.
Setahun selepas itu, yakni pada tahun 1988, mereka keluar lagi dengan album Anak Liar. Barisan anggota kumpulan ini telah bertukar, ahli di mana pemain dram, Nahar telah digantikan dengan Ujang. Man Rani pula turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi, manakala Fancy telah diambil sebagai pemain gitar baru menggantikan Zam.
Pada tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain dram untuk Sofea untuk album Boneka dan Pentas. Tahun 1990, mereka telah melancarkan album terakhir mereka dengan judul Mimpi dan Airmata.


Search

 
Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.

1981-88: Permulaan

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.
Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989

No comments:

Post a Comment

Sponsor