Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






30 October 2011

Cucuku ada disana?



             Sejak kecil Karl Uphoff amat rapat dengan neneknya.Apabila wanita itu semakin uzur dan menghadapi masalah pendengaran,dia sering meminta Karl-yang ketika itu berusia belasan tahun-
membantunya mengambil ubat,muniman,memakaikan pakaian dan sebagainya.Wanita tua itu amat menyayangi Karl kerana dibandingkan dengan cucu yang lain,Karl yang paling ringan tulang dan tidak berkira.
  Tapi sebagai remaja lelaki yang sedang meninggkat remaja,Karl sering saja tiada dirumah.Ketika itulah neneknya akan menelefon kawan-kawan Karl untuk betanyakan kalau-kalau cucu kesayangannya ada di situ.
  Oleh kerana menghadapi masalah pendengaran dia akan mendail nombor tertentu,tunggu beberapa ketika dan kemudian bertanya,"Karl ada di sana tak?Kalau ada,suruh dia balik sekarang."Ayat itu diulang-ulang beberapa kali sebelum gagang diletakkan tidak kira sama ada panggilannya disambut atau tidak.
Kemudian wanita itu akan menelefon rakan-rakan Karl yang lain pula,berdasarkan nombor yang dicatatkannya dalam sebuah buku khas.Dia mengulangi kata-kata tadi,sampai senarai nombor telefon dalam bukunya itu habis.
   Itulah yang dilakukan setiap kali Karl tiada di rumah,hinggalah wanita tersebut tidak lagi berdaya untuk bangun.Tugas menjaganya diambil alih oleh kakak Karl.Sejak itu juga kawan-kawan Karl tidak lagi menerima panggilan telefon darinya.
Dua tahun terlantar,dan pada 1969 ketika Karl berusia 18 tahun,neneknya meninggal dunia.Peristiwa aneh berlaku dua hari kemudian ketika Karl berada di rumah Sam D'Alessio di Montaclair,New Jersy,Amerika Syarikat,untuk berjumpa kawannya,Peter.
   Ketika Karl dan Peter berbual-bual di tingkat bawah rumah tersebut,telefon berdering.Mrs.D'Alessio menyambutnya.Dia bercakap dengan berhati-hati.Suara itu kuat dan berulang-ulang.Seketika kemudian ibu sahabatnya itu memanggil Karl naik kerana si pemanggil hendak bercakap dengannya.
"Ada seorang perempuan tua hendak bercakap dengan awak,"laung Mrs.D'Alession.
"Perempuan tua?Siapa?"tanya Karl.
"Tak tahu..tapi dia cakap dia nenek awak dan dia minta awak balik sekarang juga.Dia cakap macam tu berulang-ulang kali,"Kata Mrs.D'Alessio.
Karl berlari ketinggkat atas,malangnya apabila gagang dilekapkan ketelinga,tiada suara pemanggil yang didengarnya.Misteri tersebut tidak berakhir disitu.Malam itu telefon di rumah Karl berdering-dering.Tapi aneh apabila gagang diangkat,tiada suara kedengaran dihujung talian.
  Misteri kejadian itu masih berlum terjawab kerana pada hari tersebut tiada sesiapa,termasuk ahli keluarga Karl,tahu dia ke rumah Peter.Dia kesana tanpa dirancang.Seperkara lagi,ahli keluarga Karl juga tidak memiliki nombor telefon D'Alesseio.Jadi siapa yang menghubungi Karl??????

No comments:

Post a Comment

Sponsor