Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






24 July 2011

Fakta:Makanan Pelik 2

Normay:Smalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari.Setelah cukup kering,seluruh kepala kambing itu akan dimakan termasuk,mata,otak,lidah dan lendir-lendirnya sekali.(selalunya kita memakan kepala kambing dengan dimasak rendang atau pun kari).


Trinidad:Puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka.

HongKong:Daging kucing dimakan bersama roti kukus.

Afrika:Susu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih.Ia merupakan makanan kegemaran masyarakat Masaai

LIHAT VIDEO DIBAWAH INI!!!


Di negara-negara selatan Afrika pula,mereka suka makan ulat bulu liar berwarna kuning yang ditangkap oleh golongan wanita dan kanak-kanak.
  Selepas ditangkap,bontot ulat bulu Mopane yang sebesar jari kelinking itu dipicit supaya keluar segala lendir dan isi perutnya.Kemudia ia dikeringkan atau diasapkan,ada yang makan mentah seperti kita makan kerepek pisang,dan ada juga yang suka goreng dengan sayur.Khabarnya,rasa ulat bulu itu seperti daun teh hijau.
 Oleh sebab kemiskinan jiga,masyarakat Afrika memakan anai-anai dengan cara menggorengnya dengan garam atau bersama tepung.Selain itu,mereka juga makan kumbang dan belalang,yang khabarnya....rangup,lemak dan berkrim.

Filipina:Anjing-anjing yang kurus kering,berkurap,berkutu dan suka merayau ke sana ke mari mengais sampah,akan ditangkap untuk dijadikan makanan.Pemandangan ini adalah biasa di filipina.Di batangas misalnya,anjing2 yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi-tepi jalan macam itik panggang.
  Daging anjing juga menjadi kegemaran banyak masyarakat Asia lain.Dikatakan korea,pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji.Bagaimanapun,akhir uji kaji tersebut,anjing tersebut dibunuh dan  dimakan oleh para penyelidik tersebut.
Daging anjing juga menjadi kegemaran penduduk Vietnam.








Sepanyol dan kanada: Testis babi dirincik halus-halus,kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli.Makanan pelik ini dimakan Criadillas.Ramai juga yang suka testis ini dibuat barbekiu.

tengok cara diorang ambil testis lembu ni!!!!Kejamm!!!

No comments:

Post a Comment

Sponsor