Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






27 July 2011

Rakyat bagaikan steelroll dan sebatang galah

Stealroll merupakanjentera yang diperlukan didalam pembinaan sesebuah jalan.Bahkan untuk
meratakan jalan yang rosak stealroll akan digunakan,tanpa stealroll sudah tentu pembinaan
jalan dan urusan meratakan jalan sukar dijalankan.Jika ia rosak sebelum tugas pembinaan
dijalankan ia akan dibaiki dan dijaga dengan baik.Tetapi cuba anda lihat apabila jalan sudah
menjadi baik dan siap dibuat apa akan terjadi kepada stealroll tersebut.Apabila ia melalui
jalan yang mengunakan kengingat ia pelbagai cemuhan yang akan diterima,orang akan marah kerana
stealroll akan merosakkan jalan sedang sebelum pembinaan dan meratakan jalan stealrolllah
yang digunakan padahal bukannya menjadi satu kesalahan pun jika ia melalui jalan tersebut dan
setelah tugas pembinaan siap ia hanya diletakkan di merata tempat dibiarkan berkarat tanpa terlindung
dari hujan dan panas mentari.
sebatang galah apabila seseorang itu ingin mengait buah galah akan diikat dan disambung dengan kemas dan baik.
Semasa tengah mengait buah galah dijunjung tinggi tetapi apa akan jadi apabila seseorang itu mendapat buah yang dikait?
Galah akan dibuang dan tanpa pelindungan hujan dan panas.

Sebegitulah kita sebagai rakyat,apabila sudah hampir menghadapi pilihan raya,pelbagai habuan yang diterima bantuan itu dan ini
hinggakan yang tidak layak turut mendapat,baiknya pemimpin kita diwaktu itu.Bukan itu saja pelbagai janji yang dibuat pelbagai
pujian yang di terima seolah2 waktu kita pula yang disanjung.Minta apa saja semua dapat.Tetapi lihatlah selepas pilihan raya,kita pun
seronok tidak hairanlah ada yang sanggup tidak cukup tidur,tinggalkan anak bini dirumah,ponteng kerja dan keluarkan wang poket sendiri
hanya untuk memasang poster2 pemimpin yang akan diundi kerana mengambil berat dan bertangunjawab.Tapi apa yang terjadi setelah berlalunya
pilihan raya,adakah mereka masih turun padang seperti sebelum pilihan raya,adakah masih ada yang menghulurkan bantuan kepada kita
bukan sahaja yang tidak layak malah yang sepatutnya layak menerima bantuan pun tidak dilayan.Jika ingin berurusan untuk sesuatu
perkara amat sukar untuk berjumpa dan berbincang dengan mereka tidak seperti sebelum pilihan raya.

Jika ada rakyat yang naik kejalan raya (kita seperti stealrool) untuk menuntut sesuatu dengan mengadakan pehimpunan kita akan dianggap oleh mereka sebagai
pengkianat agama,bangsa dan negara yang akan menghuruharakan keamanan.Lebih teruk segala fitnah dilemparkan kepada kita dan kita dianggap tidak mengenang budi di atas
jasa mereka.Tetapi adakah mereka fikir siapakah yang menaikkan mereka,siapa yang memasang poster2 mereka adakah mereka sendiri
,siapa yang masuk ke ceruk kampung untuk mencari penyokong mereka,bukankah kita rakyat yang berjasa kepada mereka,Tetapi apabila
kita menuntut sesuatu yang betul dan berlainan dari fahaman mereka kita ditindas di kutuk di cerca.Kita hanya mahu keadilan
adakah sukar untuk mereka berikan.Kita hanya minta hak kita dikembalikkan,adakah itu pengkianatan???sudah tentu para pembaca
akan berkata TIDAK!!!jadi mengapa mereka harus menghalang tututan kita yang sebegini.Adakah keadilan tidak menguntungkan mereka
ataupun tidak pernah wujud didalam kamus hidup mereka.


-nuklilan dari seorang rakyat Malaysia yang kecewa dengan kepimpinan negara yang dikatakan sebuah negara islam,tetapi kemana islamnya dimalaysia ni!!!!!

No comments:

Post a Comment

Sponsor