Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






23 July 2011

Fakta:Makanan Pelik 1

Bagi Kita mungkin Jijik Tetapi Bagi Mereka Tidak.

Bahagian Satu



Di dapur seorang tukang masak sedang memegang ekor seekot tikus hutan.Walaupun sudah mati ia dijinjit secara terbalik,kepala dibawah.Sebelah lagi tangan lelaki itu,menyemburkan api dari dapur gas ke arah tikus
tersebut untuk membakar dan membuang bulunya.Kini badan tikus itu menjadi putih pucat.
Setelah itu tikus-tikus yang ditogelkan tadi dipotong kepalanya,dan 4 bahagian untuk badan.Potongan-potongan tadi dibersihkan sehingga bersih dan dimasukkan kedalam besen bersama campuran garam,kunyit serta bermacam lagi herba.
   Api dinyalakan.Kuali berisi minyak masak diletakkan di atas tungku.Apabila minyak sudah cukup panas ketulan-ketulan daging tikus itu pun digoreng hingga rangup.Setelah siap datang pelayan lalu menghantarnya bersama sepiring serbuk cili kepada pelanggan yang sejak tadi tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati tikus goreng tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca tikus goreng sebenarnya menjadi kegemaran warga indonesia,khususnya di midano..lihat video mereka yang memakan tikus di kemboja     
Sebenarnya banyak lagi makanan pelik yang jijik bagi mereka tapi enak bagi mereka seperti kaki monyet goreng.Kaki monyet digoreng garing.daging dan tulang dikunyah dan ditelan sekali.



Afrika selatan :Antara makanan yang paling pelik ialah Borewos.Borewos adalah daging yang sudah diramukan dengan beberapa jenis rempah,lalu disumbat ke dalam usus kambing,lembu dan babi,kemudian dibakar.Biltong pula adalah daging haiwan liar seperti rusa,gajah dan zirafah yang dihiris halus-halus,kemudian dikeringkan.Daging kering ini menjadi makanan
ringan kepada para penyokong pasukan ragbi di negara tersebut,macam kita makan ikan terengganu.

Hungary: Darah babi dicampur telur adalah makanan kegemaran mereka.Di negara tersebut ada musim menangkap babi.Pada musim itu,mereka akan mengejar haiwan berhidung 'mancung'itu berkeliling rumah.Apabila sudah dapat,babi itu akan dikelar lehernya.Darah yang memancut keluar akan ditadah terus ke dalam belanga,kemudian dicampur telur,lalu digoreng.Jadilah telur dadar darah babi,hahahhhha!!!!
  Belum habis lagi,Kepala babi tadi tidak dibuang begitu sahaja,kan menbazir pulak,Sebaliknya ia dipanggang.Lemak dan lendir yang menitis dari kepala badi akan ditadah ke dalam satu bekas yang diletakkan di lantai.Di dalam bekas itu pula terdapat sejenis sup.Seorang penulis blog yang pernah menulis tentang makanan pelik itu pernah memberitahu,dia melihat kawan perempuannya memakan sup lendir babi tersebut,kemudian menjilat bibirnya..slurpp!!!!

Selatan Amerika Syarikat: Antara yang terkenal ialah otak tupai.Mula-mula tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak,kemudian dengan menggunakan jari dan garpu,kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya.Kata orang yang pernah makan,rasanya seperti cendawan.

Ukraine :Salo-lemak babi yang disimpan dalam tong atau dimakan sejuk,sama ada secara mentah,goreng atau rebus.
 Salo

Autralia :Beuschl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warganegara itu.Ia diperbuat daripada hati,ginjal dan jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus.
Kalbsbeuschl with Dumpling

Thailand :Dikalangan masyarakat Karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu,antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar.Tikus yang telah garing itu kemudian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal lalu dimakan bersama pulut.Kalau dimalaysia lebih kurang macam makan pulut berlauk rendang dan sambal ikan bilislah....

Perancis:Tete de Veau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi-segi.Otak lembu diletakkan di sudut pinggan,kemudian dimakan sejemput demi sejemput macam kita memakan beregedel.




Dapatkan pelbagai buku makanan exotic book

Exotic Foods: A Kitchen and Garden Guide Vista Point BANGKOK ThailandBizarre Foods with Andrew Zimmern: Collection 2













No comments:

Post a Comment

Sponsor