Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






14 October 2014

Isra'Mikraj Mengikut Logik akal kita dan sains.

Kisah Ikan Guppy Ustaz Don

Beliau membupunyai dua ekor ikan guppy seekor berwarna merah,dan seekor lagi berwarna hijau didalam satu akuarium yang sama.
Pada suatu hari Ustaz Don ingin ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu kuliah,dan beliau bercadang untuk membawa salah seekor daripada ikan tersebut bersamanya(ikan hijau).
Selepas bersiap beliau mengambil satu bekas kecil untuk dimasukkan ikan hijau bersama ubat dan makanan ikan,kerana perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa yang agak panjang.
Ustaz Don membawa ikannya masuk kedalam kereta dan menuju ke Lampangan terbang.
Sejak  keluar dari akuarium yang ikan hijau tinggal bersama ikan merah,ikan hijau menyaksikan pelbagai keindahan ciptaan Allah sehinggalah ciptaan manusia dan kehidupan mereka,dari gerak manusia berjalan kaki sehinggalah manusia mampu terbang kemana sahaja dengan menaikki kapal terbang.
 Didalam kapal terbang ikan hijau dapat melihat awan,laut,hutan,dan bukit bukai yang sebelum ini ia tidak pernah melihatnya.
Setelah habis kuliah Ustaz Don pun pulang ke rumahnya di Pulau Pinang.
Setelah sampai kerumah Ustaz memasukkan semula ikan hijau kedalam akuarium bersama ikan merah dan membiarkan mereka.
Kerana teruja dengan perjalannya ke Kuala Lumpur ikan hijau menceritakan kepada ikan merah.

Ikuti perbualan ikan hijau dan ikan merah

Ikan Hijau:oii ikan merah engkau nak tahu tak tadi aku masuk kedalam kereta,selepas itu aku melalui lebuhraya,di lebuhraya manusia perlu membayar untuk melaluinya (Tol),selepas itu kami ke stesyen minyak untuk mengisi minyak kereta yang aku naik bersama ustaz don,selepas itu kami ke lampangan terbang,dilampangan terbang aku lihat ramai manusia tetapi mereka berbeza warna kulit dan bahasa percakapan mereka pun berlainan.Dan aku melihat pelbagai keindahan ciptaan Allah,seperti awan,bukit bukau,hutan dan laut dari atas,memang hebat ciptaan Allah.

Ikan Merah:eleh!!!(sambil menunjukkan muka seolah2 tidak percaya apa yang diceritakan si ikan hijau).Aku tidak percaya apa yang engkau ceritakan cuba kau keluarkan muncung kau dari air aku hendak lihat berapa lama engkau boleh tahan.Dan dengan tubuh kita yang mustahil tidak masuk akal kau boleh Ke Ke kuala Lumpur dalam masa sehari.Paling aku tidak percaya bagaimana kau boleh terbang untuk melihat awan dan lautan dari udara sedangkan engkau bukannya ada sayap.

Ikan Hijau:ermm...(hampa dengan apa yang diceritakan kepada ikan merah,dan ikan merah tidak mempercayai  apa yang ia lalui dan lihat ketika perjalanan ke Kuala Lumpur)

Dan begitulah keraguan kita mengenai perjalanan Nabi ketika Isra'Mikraj,mengikut logik akal kita sukar untuk percaya bagaimana nabi melalui perjalanan didalam masa satu malam sahaja.Sedangkan kita seperti ikan merah,ilmu kita sedikit untuk melangkaui kehebatan Allah.Kita tidak mampu berfikir bagaimana keadaan Nabi ketika dibawa pada malam itu sama seperti apa yang difikirkan ikan merah dengan apa yang diceritakan ikan hijau.
(sekadar cerita rekaan)

Kesimpulan:Mengikut logik adakah,kita percaya apa yang diceritakan oleh ikan hijau?sudah pasti kita percaya,begitu juga kisah isra'mikraj Allah berilmu dan tahu Nabi tidak boleh terbang dan bejalan laju,sebab itu Allah mengutuskan Malaikat.Malaikat bergerak laju kerana malaikat dijadikan daripada cahaya.

Bagaimana perjalanan Nabi begitu pantas?
- Nabi dibawa oleh malaikat,malaikat dijadikan dari cahaya.Cahaya merupakan sumber alam yang terkuar dialam semesta,kerana dengan cahaya matahari ternaga terhasil dan lain2.
Kereta bergerak lebih laju dari manusia,begitu juga Buraq yang Allah ciptakan,bayangkanlah malaikat cahaya,kelajuan cahaya laju mana?dan malaikat pun sudah bergerak laju,bagaimana pula dengan kenderaan mereka?

Bagaimana Nabi melalui pelbagai peristiwa dalam hanya satu malam?
-"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.

Einstein,nama ini tidak asing bagi mereka yang berada didalam bidang sainz,Enstein telah membuktikan kebenaran ayat Al-quran bahawa "1000 tahun didunia bersamaan satu tahun dikahirat" melui teori relatif nya E=ms^2,Einstein menyatakan semaki jauh jarat kita dengan bumi semakin laju putaran masa walaupun kita berada didalam satu keadaan yang sama.Dan waktu di bulan dengan waktu dibumi juga berbeza.

Maaf jika apa yang saya tuliskan ini tidak memuaskan hati dan kefahaman anda,kerana saya bukannya orang alim,apa yang saya tuliskan ini merujuk dari mereka2 yang alim ilmu mereka.Jika ingin mendapatkan lebih kefahaman boleh rujuk dua video ini.

Pertama
http://www.youtube.com/watch?v=3eDz0v-2KI0 (Isra"Mikraj)
Kedua
http://www.youtube.com/watch?v=0vksRJH7Ips (Kehebatan Al-quran)



No comments:

Post a Comment

Sponsor