Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






03 November 2011

Kisah Benar:Saya Memerlukan Nasihat Anda,Pleaseee!!!Baca nii!!!!



Ini adalah kali pertama,saya bercerita mengenai kisah saya sendiri(Admin) di blog ini,syahmismail.blogspot.com.Didalam semester ini saya terpaksa memilih dua pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian saya di politeknik untuk memiliki Diploma Kejuruteraan Mektronik atau menangguhkan dan lebih mudah lagi BERHENTI BELAJAR!!! .Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa kusutnya fikiran saya buat masa ini,memang kusut,saya sekarang sudah berada di semester 4,dan sepatutnya saya berada di semester untuk Latihan Industri,oleh kerana mata kredit terkumpul yang diperlukan untuk menjalani Latihan Industri saya belum mencukupi 41 mata,dan untuk result semester ini pun masih belum mencukupi iaitu 1.5 sahaja lagi,jika saya masih belum dapat menjalani LI pada semester depan,berkemungkinan tempoh masa yang perlu saya ambil untuk memiliki Sekeping Sijik Diploma adalah selama 4 tahun bersamaan 8 semester,ohh!!!lamanya,berapa banyak wang ibubapa saya dihabiskan,kerana saya tidak membuat sebarang pinjaman pendidikan,adakah nasib saya seperti Ayam(pierre andre didalam filem 321 Cinta),ketidak cukupan mata kredit tersebut adalah kerana keputusan semester 2 saya bergitu teruk kerana saya gagal didalam 4 subjek,dan merupakan yang paling teruk didalam kelas saya,ini kerana semasa di semester 2 saya berkerja secara Parttime disebuah Restoran Western Food di Alor Setar.Dan pada ketika itu saya sudah hilang minat belajar kerana minat saya lebih kepada bidang perniagaan,dan itulah cita2 saya untuk menjadi salah seorang usahawan internet berjaya seperti Irfan Khairi,Adly Flarebiz(Labonan),Raja Kamil dan ramai lagi,tetapi tengoklah untuk mencari Traffic blog ini tinggi pun belum tercapai lagi inikan hendak menjadi usahawan internet,untuk pengetahuan semua apabila membaca kisah2 mereka ini semangat saya menjadi kuat tetapi bila berseorangan kekusutan itu kembali lagi.Saya tahu untuk berjaya banyak halangan,pilihan perlu di tempuh dan dipilih,kadangkala kita boleh tersalah membuat pilihan,dan itulah yang menganggu fikiran saya buat masa ini.Adakah saya perlu meneruskan pengajian atau berhenti belajar seperti yang dibuat oleh Adly a.k.a Labonan,tetapi jika saya membuat pilihan seperti beliau saya rasa mustahil kerana pilihan tersebut bagi saya beliau ketika itu berada di zon yang agak selesa dan telah berjaya menjana pendapatan melalui internet ketika itu,tapi ini saya,belum sesen pun saya janakan setakat ini.Dan sekarang saya berazam untuk berlajar bersungguh2 untuk peperisaan akhir semester ini yang hanya satu minggu dari sekarang Khamis 3/11/2011 agar mendapat keputusan yang baik,dan selepas itu baru saya buat pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian atau tidak.

Dan bacaan seperti ini yang saya perlukan buat masa ini...http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/45009-tips-sebelum-anda-berhenti-kerja.html .....

http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/39012-hot-jamal-dah-berhenti-kerja-sebab-im-im-punya-pasal-10.html

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/32039-pengalaman-ngeri-menjadi-i-m-sepenuh-masa.html


Teringat saya di hari perpisahan di ofis sewaktu nak berhenti..

Rakan seofis mengadakan jamuan perpisahan..turut dijemput adalah
PUAN PENGARAH JABATAN..

Ketika diminta memberikan ucapan perpisahan, lidah kelu..sebak untuk
meninggalkan tugas, sahabat sekerja, bos, kerjaya...Memang sedih,
sampaikan nak berkata-kata kelu lidah...

Dan akhirnya saya dapat berbicara, antara yang saya saya kata:
" Saya Berhenti Kerja Kerana Nak Teruskan Usaha Saya Nak Menjadi JUTAWAN INTERNET"

Itulah kata-kata saya, yang mungkin ada orang tertawakan saya, memandang sinis, dan menghina..

Pengarah berkata : Apehal dia nak berhenti kerja tu? Buat bisnes apa sebenarnya?

Pen. Pengarah berkata: Jual apa? Jual ebook? Boleh percaya ke ebook dia tu? Asalkan wikipedia orang tak percaya..

PA berkata: BAnyak sangat ke duit sampai nak berhenti kerja?

Kawan-kawan berkata: Kau fikir baik-baik JaMaL...

TApi saya tetap dengan keputusan saya, kerana saya telah meminta petunjuk
dari ALLAH...

Saya yakin dengan keputusan saya..ini adalah jalan yang ditentukan oleh ALLAH..
Yakin rezeki Allah yang tentukan. Kita hanya berusaha mencarinya...

Awal-awal berhenti ada juga terfikir, betul ke tindakan saya ini.
Tapi hati kecil kembali berkata "Kan AKu Dah Minta PEtunjuk Dari ALLAH, So Aku
Kena Yakin Dengan Jalan Yang DIambil Ini"


Ini antara kata semangat yang meneruskan usaha saya dan di samping meningkatkan
ilmu dalam IM ini disamping meluaskan network...-Jamal(Usahawan Internet sepenuh masa)
Insyaallah saya akan membuat solat Istikharah memohon agar diberu petunjuk agar membuat pilihan terbaik untuk hidup saya.




             "Saya berharap kepada sesiapa yang membaca kandungan ini memberi cadangan dan nasihat kepada saya,disamping semangat agar saya dapat membuat pilihan yang agak rumit didalam hidup saya,Tolonglah longtarkan pandangan anda dibahagian comment di bawah!!!

No comments:

Post a Comment

Sponsor