Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






19 November 2019

BUAT DUIT ONLINE DENGAN LAZADA

Ramai orang yang guna Lazada sebagai tempat untuk membeli belah secara online, tetapi saya melihat Lazada dari satu sudut yang berbeza iaitu sebagai salah satu peluang untuk buat duit online. Pada kali ini saya akan kongsi cara buat duit online dengan menggunakan laman web ecommerce Lazada.
Terdapat 3 cara utama untuk anda buat duit melalui Lazada.
  1. Jual Barang di Lazada
  2. Affiliate Lazada
  3. Personal Shopper

JUAL BARANG DI LAZADA

Ramai yang tidak tahu bahawa sesiapa sahaja boleh buat duit dengan menjual barang di Lazada. Lazada membenarkan sesiapa sahaja untuk mendaftar sebagai penjual di laman web Lazada. Pendaftaran untuk menjual di Lazada adalah percuma sahaja. Tetapi anda perlu ada pendaftaran perniagaan dari SSM untuk menjual di Lazada.
Anda boleh mendaftar sebagai penjual di Lazada di sini:
Walaupun anda boleh menjual di Lazada secara percuma, tetapi Lazada akan mengambil sedikit keuntungan ansa untuk setiap jualan. Sebagai contoh, katakan anda menjual barang bernilai RM100, Lazada mungkin akan cas 2% (RM2) jika barang tersebut terjual.
Dengan kata lain, cas akan hanya dikenakan sekiranya barang anda terjual.
Bagusnya menjual di Lazada adalah kerana Lazada itu sendiri sudah terkenal di seluruh Asia Tenggara ini dan anda sudah ada pelanggan secara automatik. Yang penting, tulis deskripsi barang yang anda jual dengan baik supaya apabila orang cari barang, barang anda termasuk dalam hasil carian mereka.
Anda juga boleh hadiri kelas yang disediakn oleh Lazada untuk lebih memahami cara menjual di Lazada.

AFFILIATE LAZADA

Jika anda tidak berminat untuk menjual di Lazada, ataupun anda tiada barang untuk dijual, anda sebenarnya masih boleh buat duit dengan Lazada.
Cara buat duit dengan Lazada yang seterusnya adalah dengan menjadi affiliate Lazada. Dengan menjadi affiliate, anda boleh promosikan laman web Lazada atau mana-mana produk di Lazada dan setiap kali ada orang beli dari link anda, anda akan dapat komisyen.
Buat duit dengan cara ini adalah sangat bagus jika anda mahu buat duit secara online tanpa sebarang modal pun kerana untuk menjadi affiliate Lazada, anda boleh mendaftar secara percuma sahaja. Anda boleh mendaftar untuk menjadi affiliate Lazada di sini: https://www.lazada.com.my/affiliate/signup/

PERSONAL SHOPPER

Anda juga boleh buat duit online dengan menjadi Lazada Personal Shopper. Tahukah anda bahawa masih ramai yang tidak tahu cara untuk membeli barang di Lazada?
Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang itu tidak tahu atau tidak mahu untuk membeli barang di Lazada. Salah satu sebab adalah kerana takut tertipu ataupun kerana tidak mempunyai akaun bank sendiri. Oleh itu, anda boleh menjadi orang tengah dengan orang tersebut sekiranya mereka ingin membeli sesuatu di Lazada.
Untuk menjadi personal shopper, anda perlu mahir untuk membuat pembelian dan pemilihan barang di Lazada. Anda juga perlu menerangkan proses tempahan kepada pelanggan anda bahawa anda adalah orang tengah yang membantu mereka untuk membeli di Lazada.
Bagaimana keuntungan menjadi personal shopper dikira?
Anda boleh ambil upah yang minima untuk setiap kali pembelian. ATAU anda juga boleh tidak ambil upah dan keuntungan anda dapat melalui Shopback.
Begini prosesnya:
  1. Pelanggan minta tolong belikan barang
  2. Pelanggan bayar duit kepada anda
  3. Anda buka laman web Shopback dan daftar
  4. Tekan pada pautan Lazada di Shopback
  5. Beli barang yang dikehendaki di Lazada
  6. Tunggu cashback masuk di Shopback
  7. Follow up barang dihantar ke pelanggan.
Cashback yang anda perolehi di Shopback bergantung kepada barang yang ditempah. Lebih tinggi nilai, lebih banyak cashback / upah yang anda dapat. Daripada Shopback anda boleh pindahkan duit tersebut ke akaun bank anda.
Tonton video dibawah untuk lebih memahami cara jana pendapatan dengan Shopback.
Inilah 3 cara buat duit online dengan Lazada. Saya percaya sesiapa sahaja boleh mula buat duit secara online. Selamat mencuba !

Kredit Asal :buatduitonlinehq

No comments:

Post a Comment

Sponsor