Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






21 August 2013

Minyak Naik Lagi Lepas PRU13

Sama Harga Akan Dinaikkan Ia Terus Menjadi Tanda Tanya Rakyat Malaysia.Namun Berita Terbaru Keuntungan Petronas Meniningkat.Berita Penuh Dibawah


PDB untung RM600 juta sebelum cukai

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM600 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, meningkat 4.5 peratus berbanding RM573.92 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia didorong pemerolehan pendapatan yang meningkat kepada RM15.543 bilion berbanding RM14.337 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2013, keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan adalah RM273 juta, meningkat 16.56 peratus berbanding RM234.23 juta pada suku sama tahun sebelumya.

Kami gembira kerana berjaya mempamerkan prestasi baik berbanding tahun lalu menerusi pelan pemasaran dan promosi berterusan serta berusaha mengoptimumkan kos” Aminul Rashid Mohd Zamzam, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PDB

Terus terima kesan

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Aminul Rashid Mohd Zamzam, berkata industri terus menerima kesan daripada situasi tidak menentu dalam harga global minyak mentah.

“Bagaimanapun, kami gembira kerana berjaya mempamerkan prestasi baik berbanding tahun lalu menerusi pelan pemasaran dan promosi berterusan serta berusaha mengoptimumkan kos,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, di sebalik persekitaran mencabar, kedudukan kewangan PDB kekal kukuh dengan dana pemegang saham meningkat kepada RM4.849 bilion setakat 30 Jun 2013 berbanding RM4.810 bilion pada 31 Disember lalu.
Bagi tempoh yang sama, baki tunai juga meningkat kepada RM1.055 bilion berbanding RM251.3 juta pada 31 Disember lalu.

Aminul Rashid berkata, segmen perniagaan runcit dan komersial terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan syarikat.

“Segmen perniagaan runcit mencatatkan peningkatan 4.3 peratus bagi jumlah jualan keseluruhan berbanding tahun lalu. Pertumbuhan berkenaan adalah hasil daripada penambahbaikan bagi setiap stesen dan pengembangan rangkaian yang agresif, yang mana stesen baru juga telah menyumbang kepada jumlah jualan keseluruhan,” katanya.

 Buat Duit Atas Angin,Tak Perlu Modal,Stok,Premis Dan Pekerja.

No comments:

Post a Comment

Sponsor