Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






30 November 2011

Lorong Belakang:Mala Derita Menjadi Pelacur

Petikan Daripada akhbar Buletin Rakyat 1 Disember 2011 M/s20

Tujuan pemaparan kisah ini bukan untuk memalukan seseorang pihak,tetapi sekadar pengajaran untuk kita hindari yang jelas bertentangan didalam mana-mana agama.Semoga memberi pengajaran kepada kita semua.

Sudah lebih lima tahun Mala,40 menjadi penghuni lorong belakang atau atau jolokan 'belakang mati'.Dilorong itulah Mala memulakan langkah sebagai pelacur kelas kambing yang meraih rezeki untuk menyara diringa sendiri dan tiga anaknya yang masih kecil.
  Sememangnya selama ini Mala tidak menyangkan bahwa kehidupannya seteruk itu sehingga terpaksa menyara makan minum dengan duit pelacuran.Semuanya ini disebabkan keruntuhan san kepincangan didalam rumahtangganya.
  Manurut Mala,dia berkahwin dengan suaminya berkerja sebagai pemandu lori atas dasar suka sama suka.
Pasangan melalui kehidupan bahagia lantaran suaminya mempunyai pekerjaan tetap.Namum kebahagiaan itu tidak berpanjangan apabila suaminya diberhentikan kerja.Semenjak itu suaminya sering marah-marah dan menjadi pemabuk.

Suami Mala tidak pernah berusaha mencari perkejaan lain untuk menampung keluarganya.Maka terpaksalah Mala melakukan pelbagai jenis kerja seperti mengambil upah menjaga bayi,membasuh pakaian,membersih rumah jiran untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.
  Malangnya menurut Mala,semua hasil pendapatannya dirampas oleh suaminya dengan cara paksaan.Jika Mala enggan menyerahkan pendapatannya maka sepak terajanglah akan diterimanya.Tidak cukup itu,kadangkala tubuhnya dibelasah teruk oleh suami yang tidak bertanggungjawab itu.
  "Hari-hari kena sepak terajang mana boleh tahan?Badan saya sakit-sakit kena pukul,kena hentam mana suami peduli.Dia cuma tahu mabuk dan minta duit isteri.
Kalau tidak fikirkan anak-anak sudah lama saya lari dari rumah.Buat apa mahu tunggu suami yang tidak mempunyai hati perut"rungut mala.
  Lama kelamaan Mala mengakui hilang sabar dengan sikap suaminya yang sering mengugut dan merampas pendapatnnya.Puas Mala menasihatkannya agar mencari perkejaan sesuai langsung tidak diendahkannya.Mala tidak mempunyai iktiar lain selain mengumpul kekuatan untuk bersemuka dengan suaminya.
"Deyy..lu memang tak guna punya orang!Lu ingat lu suami lu ketua ini rumah,lu boleh bikin apa lu suka!Lu suka-suka mahu hantam saya,pukul saya!Apa...lu ingat lu gangsterkah?Podaah!,...Deyyy.Lu tak ada pun saya boleh hidup,"Kata Mala dengan penuh emosi ketika itu.
Mala terus mengambil pakaian dan terus keluar dari rumahnya.Buat sementara dia menumpang dirumah kawannya yang tidak jauh dari situ.
Mala juga mengakui tidak sanggup tinggal bersama suaminya lagi lantaran jiran sering menyalahkannya.
Malah mereka sering menyalahkan Mala kononnya tidak taat kepada suami dan sebagainya.
Bila Mala  menceritakanb kedudukan hal yang sebenar mereka tidak percaya kerana suaminya pandai berpura-pura baik didepan jiran tetangga.Sebaliknya hanya Mala sahaja yang mereka persalahkan.Itu sebabnya Mala mengambil keputusan menetap jauh dari rumah suaminya.

No comments:

Post a Comment

Sponsor