Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






18 June 2011

MENARIK TENTANG KERETA TERLAJU DIDUNIA-Bugatti Veyron


Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru-baru ini. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.
Sesuai dengan hobi Baginda yang gemar mengumpulkan kenderaan yang bertaraf  ‘Super Car’ ini dan jarang dilihat di Malaysia. Jika diperhatikan pada gambar dibawah, terdapat sebuah motosikal Honda C70 (anak panah) dan semestinya lokasi ini ialah di Malaysia iaitu Johor Bharu. Menggunakan hiasan dalaman yang berwarna biru gelap dan putih melambangkan warna bagi negeri Johor. Begitulah sedikit sebanyak fakta yang mengatakan Bugatti Veyron berwarna biru muda dan putih ini milik Sultan Johor.

No comments:

Post a Comment

Sponsor