Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






19 June 2011

Jutawan Muda Jual Video Seks. Kantoi!!!!

Pernah dapat sms yang berbentuk sebegini?

“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi video peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 keatas! “
                                                              atau
“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati Koleksi Video Peribadiku Yang Panas & Hangat. Sila balas YA, jika anda tahan nenikmatnya. WARNING! Hanya untuk umur 18++ sahaja”

Adakah sesetengah rakyat Malaysia, boleh digelarkan sebagai gila seks? Ini kerana kes terbaru yang melibatkan seorang jutawan muda yang menjalankan bisnes jual video seks dan lucah kepada bakal-bakal pelanggan yang dahagakan seks oleh seorang yang sudah bergelar jutawan telah ditangkap. Bayangkan jika ada yang sudah mula melanggan video seks, setiap video dihantar akan dicaj sebanyak RM3 atau RM5 contohnya. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah menjadi pelanggan kepada jutawan muda ini akan saudagar seks ini sehingga mampu mengumpul kekayaan sehingga 11 juta?  Ulang suara sekali lagi RM11 juta!!!

Baguslah sudah ditangkap jutawan muda ini, diharap selepas ini pihak berkuasa dapat memantau sekerap mungkin. Di internet sahaja laman-laman dari Malaysia sekarang terang-terang menawarkan video-video seks. Bayangkan video seks seperti ini dapat kepada anak-anak bawah umur. Yang mereka tahu seronok sahaja. Kesan jangka masa panjang cukup-cukup besar jika kegiatan ini tidak dibanteras daripada sekarang.

KUALA LUMPUR — Rahsia di sebalik gaya hidup mewah jutawan muda yang merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang. Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan. Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta. Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.
Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan. Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan. Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. Bernama
Masih ingat lagi kes Aman Syah. Tetapi jangan tersilap ye. Yang saya maksudkan bukannya Aman Syah bekas penyanyi tu, tetapi Aman Syah yang terlibat dalam satu kes yang pernah menggemparkan negara kita sekitar tahun 90an dengan”mengambil” duit pelanggan tanpa pengetahuan pihak bank mahupun pelanggan itu sendiri. Banyak ker duit yang dicurinya? Bagaimana modus operandinya? Tak banyak dia ambil, hanya satu sen untuk setiap akaun. Mungkin itu yang menyebabkan pelanggan tidak menyedari duit mereka telah diambil oleh mamat  Aman Syah ini sehingga mampu mengumpul duit sebanyak RM4 juta.
Kalau setiap pelanggan diambil 1 sen, bagaimana pula jika 5 juta pelanggan? Banyak bukan? Jenayah yang dibuat mula disedari apabila melihat kehidupan mewah jutawan muda (Aman Syah) ini sehingga mampu memiliki kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Ferrari. Pendek katanya, memang kaya Aman Syah pada masa itu dengan jenayah yang dilakukan. Dan akhirnya terbongkar apabila bossnya yang sudah pencen melihat sendiri kemewahan Aman Syah yang dipaparkan di TV.

No comments:

Post a Comment

Sponsor