Pelakon Aeril Zafril sebeum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi
Nazeera namun masing-masing menafikan dakwaan tersebut. Terbaru Aeril
Zafril dikaitkan pula dengan artis yang semakin meningkat naik, Wawa
Zainal.
Gosip tersebut dengarnya bermula selepas masing-masing digandingkan di
dalam filem terbitan MIG berjudul 7 Petala Cinta tahun lalu, namun tiada
pengesahan dari mereka berdua dan masing-masing dengarnya pandai
menyimpan rahsia sehingga tiada siapa dapat menghidu bahawa mereka kini
benar-benar bercinta.
Apa yang menguatkan cerita tersebut adalah Wawa Zainal sanggup
meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad
Datu, Sabah dan Aeril Zafril pula bersedia membayar ganti rugi di atas
kehilangan kereta yang dijaganya itu.
Menurut laporan Berita Harian,
Wawa Zainal yang sudah berada di Sabah hampir sebulan kerana menjalani
rawatan tradisional dan tidak menjawab panggilan telefon dan juga sms.
Jika bernarlah mengenai hubungan mereka berdua,admin berharap agar batas pergaulan masih dipelihara,ini kerana watak dalam lakonan gandingan mereka berdua adalah berunsur kebaikkan dan para peminat sentiasa memerhati mereka,Aeril Zafril & Wawa jadilah contoh yang baik kepada peminat sama seperti apa yang anda lakonkan didalam filem.hu3 walaupun ada perasaan cemburu dihati ini.huuuaaaa!!!!!
No comments:
Post a Comment