Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






27 July 2013

Pengalaman Dipenjara "Not Bad"-Alvin




       KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Alvin Tan yang dipenjara selama lapan
hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan
Ramadan, hanya menyatakan ''not bad'' bagi menggambarkan pengalamannya di dalam
penjara.
       Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan
manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi
komen.
      Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi
beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret
(Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.
Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari
kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta
yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Semalam, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka
sebanyak RM30,000 setiap seorang.
-- LAGI MAHKAMAH-FACEBOOK 2 KUALA LUMPUR
Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak
guamnya beredar berkata: "Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka
perlukan masa untuk berehat".
Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara
Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran
tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan
mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.
Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada
mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang
memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang
boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan
peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24,
didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook
''Alvin and Vivian - Alvivi'' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers
iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan
Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
-- LAGI MAHKAMAH-FACEBOOK 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di
http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai
lepas, antara 9 malam dan 2 pagi.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu
kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan
permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kesemua kesalahan itu mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002
dan Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
NFM NIM ZMN NAK ROS




No comments:

Post a Comment

Sponsor