Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






13 October 2011

Misteri Lagu GloomySunday





Lagu Gloomy Sunday yang tajuk asalnya ialah Szomorú Vasárnap atau dalam
bahasa melayu bermaksud "ahad yang suram dan menyedihkan".Kisahlagu ini bermula pada
suatu petang ahad tahun 1933,Rezso Seress,seorang lelaki
berketurunan Hungary telah bergaduh dengan tunangya kerana tunangnya inginkan seress mencari
perkerjaan yang lebih menjamin masa depannya berbading keinginannya mahu menjadi seorang pengubah lagu.Pergaduhan pada
hari itu membawa kepada perpisahan mereka.
  Keputusan tunangnya agar Seress mencari perkerjaan lain kerana sebelum itu Seress acap kali gagal kerana kesemua lagu gubahannya
tidak pernah menarik minat penerbit.
Petang ahad yang disirami titisan hujan bagai meratapi kesedihannya dan memberi Seress ilham daripada
kesedihan hatinya,lantas jari-jemari Seress mula memetik piano,melantunkan melodi yang amat menyedihkan,bagai menterjemahkan kekecewaannya.
 Seress lantas menulis nota lagu itu.Dalam masa30minit lagu dalam bahasa Hungary itu siap
dihasilkan.Lalu ia diberinama Gloomy Sunday.
  Seress telah menghantar lagu tersebut kepada beberapa penerbit namun mereka menolah kerana lagu tersebut terlalu menyedihkan.
Namun begitu masih ada seorang penerbit yang bersetuju menerima dan mencetak lagu tersebut mengedar ke serata dunia dan ini membuat Seress gembiri
apabila lagu gubahannya diterima.
Namun kegembiraannya tidak lama apabila berlaku kejadian aneh yang dikaitkan dengan lagu tersebut,kerana dikatakan ramai pendengarnya yang mati,lagu tersebut
bagai membawa petaka kepada pendengarnya.

Kisah pertama,di Berlin seorang lelaki menembak kepalanya setelah mendengar lagu tersebut kerana dikatakan amat tertekan dengan melodi lagi itu yang sukar dilupakan.Tidak lama kemudian di bandar yang sama,seorang wanita dijumpai mati tergantung di rumahnya dan polis menemui salinan lagi GloomySunday yang baru dipasang dalam bilik wanita tersebut.
Kemudian,seorang setiausaha di newyork juga membunuh diri dan meninggalkan sekeping nota yang meminta agar lagu GloomySunday dimainkan semasa hari pengebumiannya.
 Dan di NewYork juga seorang lelaki berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat daripada tingkah tujuh pangsapurinya setelah memainkan semula lagu maut itu dengan pianonya.Di Rom pula
seorang remaja membunuh diri setelah mendengar lagu itu dengan melompat terjun daripada sebuah jambatan.
  Utara london seorang jiran kepada seorang wanita menjadi marah apabila jiran wanitanya itu berpuluh2 kali tanpa henti memainkan lagu tersebut lantas dia mengetuk rumah wanita itu tetapi tiada jawapan.
Sijiran merempuah masuk dan didapati wanita itu sudah meninggal dunia dengan lagi Gloomy Sunday masih terus terpasang.
 Nota Asal Lagu Gloory Sunday dalam bahasa Hungary
dan dibawah adalah terjemahan kedalam Bahasa Inggeris
Klik Gambar untuk besarkan.

Keenehan itu juga berlaku kepada Seress sendiri yang menulis lagu tersebut,apabila beliau menulis surat kepada tunangnya untuk meminta agar mereka berbaik semula
.Tetapi berita yang di terima Seress ialah sangat mengejutkan kerana tunangnya ditemui mati membunuh diri dengan meminum racun
dan terdapat salinan lagu GloomySunday disisi mayat tunang Seress.
Selepas beberapa kejadian mengayat hati itu berlaku Perbadanan Penyiaran British mengharamkan untuk memainkan lagu tersebut pada penghujung tahun 1930-an.
Seress yang merupakan pemilik lagu tersebut turut membunuh diri selepas terjun dari pangsapurinya pada 1968.

Sumber:
1)Mastika Julai 2011
2)mutablesound


Pemilik asal entri;SYAHMIISMAIL

Kongsikan di Facebook

No comments:

Post a Comment

Sponsor