Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






19 December 2019

Hanya Jual Air Balang Jualan Mencecah Ribuan Ringgit Seminggu


Nak Buat Bisnes & Nak Cari Duit Lebih!
Tapi Masih Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?

Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Menjana RM7k Sebulan Dengan Hanya Menjual Air Sahaja!

Assalammualaikum  & salam hormat buat anda… seorang usahawan atau  bakal usahawan!
Izinkan saya menceritakan serba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!
Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.
Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.
Apa yang lebih menarik lagi… pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!
Ya! 3 balang air sahaja!
Tapi Alhamdulillah… Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!
Ianya bukanlah nasib semata-mata…. Tapi ada “STRATEGI RAHSIA”  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh… Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120… Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain…. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini…  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir… “Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000… Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!”
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir… Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta “evo” anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual “sold-out” berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga “Otai” orang kata….. Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!

Berita Baik!...
Anda Tidak Perlu Pening Kepala Lagi!

Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!
Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!
Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!
Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.
Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!

Memperkenalkan!...
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang!



Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang saya kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.
Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang “usahawan yang real” yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah “ebook teori” atau “ebook resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?

Baiklah! Saya tidak mahu berselindung dengan anda… berikut adalah apa yang saya tulis dan hidangkan kepada anda menerusi ebook ini !
BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.

Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
Ada 5 Tips “REAL” yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
BAB 5 : RESEPI 25 JUS BEST SELLER
Di dalam bab ini saya kongsikan “25 Resepi Jus Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada saya tunjukkan.
25 Resepi Jus Buah tersebut adalah…
  1. Jus Mangga
  2. Jus Tembikai Susu
  3. Jus Tembikai
  4. Jus Carrot Susu
  5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  6. Jus Mata Kucing
  7. Jus Air Jagung
  8. Jus Nenas Madu
  9. Jus Nenas Madu Milky
  10. Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
  11. Air MILO
  12. Air Laici Susu
  13. Air Blue Hawaian Lemonade
  14. Air Teh Bunga
  15. Air Kelapa Muda
  16. Air Bandung Cincau
  17. Air Barli
  18. Air Cincau
  19. Jus Ciku
  20. Jus Epal Asam Boi
  21. Jus Kiwi
  22. Jus Sunquick Rose
  23. Jus Jambu Batu
  24. Air Sirap Katering
  25. Air Keladi
Berapa Harga Ebook ini ?

Harga sebelum ini RM150 Tapi sebab ramai sebelum ni yg beli adalah dikalangan adik2 yg baru habis sekolah...saya dah turunkan Harga kepada RM100 sahaja

Bukan tu je...saya tambah lagi bonus lain iaitu..

FREE GIFT #1 : RESEPI TERBAIK AIR SOYA
FREE GIFT #2 : RESEPI TERBAIK JUS DURIAN BELANDA
FREE GIFT #3 : RESEPI TERBAIK COCONUT SHAKE
FREE GIFT #4 : RESEPI TERBAIK JUS KEDONDONG ASAM BOI
FREE GIFT #5 : RESEPI TERBAIK TEH AIS VIRAL
FREE GIFT #6 : RESEPI TERBAIK AIR LEMON SODA

19 November 2019

BUAT DUIT ONLINE DENGAN LAZADA

Ramai orang yang guna Lazada sebagai tempat untuk membeli belah secara online, tetapi saya melihat Lazada dari satu sudut yang berbeza iaitu sebagai salah satu peluang untuk buat duit online. Pada kali ini saya akan kongsi cara buat duit online dengan menggunakan laman web ecommerce Lazada.
Terdapat 3 cara utama untuk anda buat duit melalui Lazada.
  1. Jual Barang di Lazada
  2. Affiliate Lazada
  3. Personal Shopper

JUAL BARANG DI LAZADA

Ramai yang tidak tahu bahawa sesiapa sahaja boleh buat duit dengan menjual barang di Lazada. Lazada membenarkan sesiapa sahaja untuk mendaftar sebagai penjual di laman web Lazada. Pendaftaran untuk menjual di Lazada adalah percuma sahaja. Tetapi anda perlu ada pendaftaran perniagaan dari SSM untuk menjual di Lazada.
Anda boleh mendaftar sebagai penjual di Lazada di sini:
Walaupun anda boleh menjual di Lazada secara percuma, tetapi Lazada akan mengambil sedikit keuntungan ansa untuk setiap jualan. Sebagai contoh, katakan anda menjual barang bernilai RM100, Lazada mungkin akan cas 2% (RM2) jika barang tersebut terjual.
Dengan kata lain, cas akan hanya dikenakan sekiranya barang anda terjual.
Bagusnya menjual di Lazada adalah kerana Lazada itu sendiri sudah terkenal di seluruh Asia Tenggara ini dan anda sudah ada pelanggan secara automatik. Yang penting, tulis deskripsi barang yang anda jual dengan baik supaya apabila orang cari barang, barang anda termasuk dalam hasil carian mereka.
Anda juga boleh hadiri kelas yang disediakn oleh Lazada untuk lebih memahami cara menjual di Lazada.

AFFILIATE LAZADA

Jika anda tidak berminat untuk menjual di Lazada, ataupun anda tiada barang untuk dijual, anda sebenarnya masih boleh buat duit dengan Lazada.
Cara buat duit dengan Lazada yang seterusnya adalah dengan menjadi affiliate Lazada. Dengan menjadi affiliate, anda boleh promosikan laman web Lazada atau mana-mana produk di Lazada dan setiap kali ada orang beli dari link anda, anda akan dapat komisyen.
Buat duit dengan cara ini adalah sangat bagus jika anda mahu buat duit secara online tanpa sebarang modal pun kerana untuk menjadi affiliate Lazada, anda boleh mendaftar secara percuma sahaja. Anda boleh mendaftar untuk menjadi affiliate Lazada di sini: https://www.lazada.com.my/affiliate/signup/

PERSONAL SHOPPER

Anda juga boleh buat duit online dengan menjadi Lazada Personal Shopper. Tahukah anda bahawa masih ramai yang tidak tahu cara untuk membeli barang di Lazada?
Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang itu tidak tahu atau tidak mahu untuk membeli barang di Lazada. Salah satu sebab adalah kerana takut tertipu ataupun kerana tidak mempunyai akaun bank sendiri. Oleh itu, anda boleh menjadi orang tengah dengan orang tersebut sekiranya mereka ingin membeli sesuatu di Lazada.
Untuk menjadi personal shopper, anda perlu mahir untuk membuat pembelian dan pemilihan barang di Lazada. Anda juga perlu menerangkan proses tempahan kepada pelanggan anda bahawa anda adalah orang tengah yang membantu mereka untuk membeli di Lazada.
Bagaimana keuntungan menjadi personal shopper dikira?
Anda boleh ambil upah yang minima untuk setiap kali pembelian. ATAU anda juga boleh tidak ambil upah dan keuntungan anda dapat melalui Shopback.
Begini prosesnya:
  1. Pelanggan minta tolong belikan barang
  2. Pelanggan bayar duit kepada anda
  3. Anda buka laman web Shopback dan daftar
  4. Tekan pada pautan Lazada di Shopback
  5. Beli barang yang dikehendaki di Lazada
  6. Tunggu cashback masuk di Shopback
  7. Follow up barang dihantar ke pelanggan.
Cashback yang anda perolehi di Shopback bergantung kepada barang yang ditempah. Lebih tinggi nilai, lebih banyak cashback / upah yang anda dapat. Daripada Shopback anda boleh pindahkan duit tersebut ke akaun bank anda.
Tonton video dibawah untuk lebih memahami cara jana pendapatan dengan Shopback.
Inilah 3 cara buat duit online dengan Lazada. Saya percaya sesiapa sahaja boleh mula buat duit secara online. Selamat mencuba !

Kredit Asal :buatduitonlinehq

18 November 2019

Ditumpang makluk putih...SERAMM !!!!

" Kalau Nak Tumpang Boleh je....Tapi dah lah xbayar tambang...Payung aku bayar ToL pon Ok jugak... Ni Tak..... Hilang macam tu je...Sekurang2nya nya ucap la Tq ke...Mekacih Ke .... Huysssssss "-Mohd Hairul(FB)

Korang tengok la sendiri...



22 August 2019

KENAPA MUSUH ISLAM TIDAK TAKUT ?

KENAPA MUSUH ISLAM TIDAK TAKUT ?
.
Jika penulisan saya ini bercanggah dengan buah fikiran anda,tapi ini sekadar pendapat saya....
.
Jika berlaku masalah berkaitan umat islam , orang yang dipersalahkan selalunya adalah orang politik dan golongan agamawan...sedangkan apabila sebut isu umat islam ia adalah masalah kita semua yang beragama islam..kenapa kita sekadar menunding jari menyalahkan pihak lain dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada mereka ?
.
Tapi kita cuba kita semak dan nilai kesilapan diri kita sendiri....kita jarang mengkaji..bangkah penulisan saya ini pon beberapa kerat je akan baca sampai habis...sebab kita hanya ambil tahu dengan apa yang kita suka sahaja...sedangkan banyak yang kita suka tidak bermanfaat dan memberi faedah kepada kita...
.
Cuba baca sampai habis...
.
Kian hari kita lihat umat islam semakin dicabar dari pelbagai penjuru..dari pelbagai isu...dari pelbagai ceruk kampung,dan diserata negara..kita lihat umat islam makin ditindas...benar seperti kata nabi berkaitan hadith akhir zaman apabila umat islam dikerumuno oleh musuh2 islam...
.
Akan bersambung.....

Liberal Tak Faham Kenapa Susah Sangat Nak Halau Zakir Naik

Liberal Tak Faham Kenapa Susah Sangat Nak Halau Zakir Naik
.
Politik ni bermain dengan nombor. Ini yang selalu orang liberal lupa atau mungkin tak faham. Bila pembelajar sains politik macam aku ni cakap macam ni, depa tak faham. Mereka hanya memikirkan tentang soal prinsipal mereka sebagai “moral compass”, soal apa pendapat orang lain tak penting.
.
Zakir Naik ni dapat pengaruh dari Ahmad Deedat. Ahmad Deedat ni dari tahun 90an dia dah popular. Zakir Naik ni digelar Deedat Plus, sebab dia punya ceramah mampu menarik lebih ramai lagi orang dengan teknik penyusunan retorik yang bagus daripada Deedat.

Zakir Naik ni ada banyak benda aku tak setuju. Tapi dalam satu hal, dia popular, terutamanya dari kalangan orang Melayu. Kenapa dari zaman Najib sampai zaman Mahathir 2.0 ni, tak ada pemimpin mampu halau Zakir Naik ni walaupun kerajaan India dah mohon ekstradisi ni lama dah?
.
Sejak 2014 apabila Narendra Modi menang pilihanraya India, politik India bertukar menjadi condong ke arah nasionalis Hindu. Dengan kekorupan parti lawan iaitu Parti Kongres, parti BJP (aku tak hafal nama penuh dia) menggunakan retorik nasionalis Hindu.
.
Sekarang ni, di India, apa yang menyatukan mereka? Bahasa kat India ada beratus bahasa. Orang selatan tak nak guna Hindi, orang India di pantai Timur lain budaya dia berbanding pantai Barat.
.
Majoriti penduduk India adalah Hindu, dikatakan sampai 70-80%. Inilah yang menyatukan semua orang.Agama Hindu.
.
Kalau korang nak tau di India sejak 2014 ada kes orang pukul beramai-ramai orang Islam yang menyembelih lembu. Di Uttar Pradesh paling banyak kes ni sampai mati pun ada. Kau boleh search video Johnny Harris Vox dia pergi India.
.
Dan di sinilah munculnya Zakir Naik. Zakir Naik ni hero untuk suara umat Islam di India yang jumlahnya dalam 10-15% ni. Nampak tak banyak nombor tu, tapi dalam konteks negara yang penduduknya 1.3 billion, kau bercakap tentang suara 130 juta orang penduduk.
.
Zakir Naik dikatakan menyeleweng dana derma, serta banyak lagi lah kerajaan Modi ni letakkan tuduhan pada dia. Bukan sebab tu sebenarnya. Nak sembang songlap duit derma, berapa banyak persatuan agama songlap duit derma.

Tetapi kebimbangan kerajaan Modi terhadap Zakir Naik ini ialah kemampuannya menggerakkan 130 juta orang umat Islam di India, serta faktor Pakistan di sebelah. Dan Pakistan adalah kuasa nuklear.

Dan kerana itu Zakir Naik lari ke Malaysia, sebab masa itu kerajaan Najib memerlukan orang macam Zakir Naik ni untuk menyatukan orang Melayu. Tapi tak sempat, Pakatan Harapan pun berkuasa.

Mahathir melihat Zakir Naik ni sebagai buah catur untuk dia menguasai politik dalam scene PH. Untuk memahami Mahathir, kau tak perlulah baca buku The Prince Machiavelli kalau kau tak minat baca buku.

Kau cuma perlu tonton siri trilogi 1-3 Star Wars dan kau hanya fokus kepada karektor Palpatine dan Darth Sidious. Dengan tu kau boleh faham gameplay Mahathir.

Sementara Anwar gemar menggunakan retorik bahasa Arab untuk crowd Melayu Islam, Mahathir tak ada kelebihan bab bercakap tentang Islam. Dulu tahun 1990-an BN kuat sebab Mahathir cakap benda sekular, Anwar cakap benda Islam.

Sebab tu Mahathir pilih Abdullah Badawi jadi Timbalan lepas pecat Anwar. Nak tak nak, kena faham: Islam adalah perkara yang sangat penting dalam politik orang Melayu.

Sebab tu pentingnya ada PAN dalam Pakatan Harapan. PAN berperanan sebagai unit Islam dalam perikatan ni. Dengan adanya PAN, senanglah DAP dan sayap sekular dalam PH ni bergerak. PAN ni macam pacifier – puting bayi kepada politik Melayu.
.
Kalau orang Melayu bising pasal Islam je, PAN akan bising. Malangnya, kalau kau asyik sumbat puting bayi je lama-lama bayi pun baling bendalah tu dan menangis sebab nak susu.

PAN adalah parti Islam yang tak ada substance. Ia ditubuhkan untuk menutup kesekularan DAP dan itu sahaja. Sebab lambang DAP tak boleh masuk kawasan kampung Melayu, mereka perlu lambang lain.

Dan disinilah kedudukan Zakir Naik dalam politik negara kita hari ini. Kemampuan Zakir beretorik menyebabkan Mahathir terpaksa simpan dia dalam negara ini – dan ini yang liberal tak faham.

Kalau Mahathir hantar juga Zakir Naik ni ke India dan ikut je kata Modi, orang Melayu dan umat Islam, yang mewakili 70% penduduk dalam negara ini, akan mengamuk.

PAS sahaja ada 2 juta ahli, UMNO ada 3 juta. Boleh ke geng liberal ni dapat nombor macam ni? Dan disebabkan itu, untuk counter isu ini, kenalah guna isu macam tulisan Jawi dan Dong Zong sebagai NGO bersuara.

Dan dalam politik, aku ulang, benda kau kena lihat ialah demografi. Demografi memainkan peranan penting dalam mencorakkan politik.

Ahli PAS yang konservatif rata-rata berkahwin dalam usia awal dan mempunyai anak yang ramai. Sementara liberal kebanyakannya bersikap career-oriented dan lambat berkeluarga. Setiap satu keluarga liberal lahir seorang anak, konservatif lahir empat.

Macam mana liberal nak menang? Dengan menggunakan taktik Silicon Valley dan Hollywood serta mainstream media lah. Mereka cuba kuasai minda orang dengan semua ini untuk membendung pengaruh konservatif yang semakin membesar.
.
Di Amerika, liberal mainstream media pun dah jatuh. Orang dah tak tengok dah CNN sejak Chris Cuomo, Anderson Cooper dan Don Lemon jadi frontman. Orang dah tak tengok dah MSNBC sejak Rachel Maddow pun dah jatuh rating.

Di Malaysia ni, semakin ramai orang unsubscribe Malaysiakini. Orang dah tak peduli dengan Malaysiakini sebab berita dia makin lama makin bias dan mengarut. Macam mana jatuhnya Utusan masa zaman Najib dulu, macam tu jugalah Malaysiakini akan jatuh.

Dan kerana itulah Malaysiakini dok ratib isu Zakir Naik ni sama macam CNN dok ratib Donald Trump. Kerana mereka mengharapkan clickviews dan kalau clickviews kurang, mereka dah kehilangan para investor untuk iklan di ruang mereka.

Kalau Malaysia hantar juga Zakir Naik, bukan sahaja Melayu Islam di Malaysia je mengamuk, Islam di India pun mengamuk, dan negara-negara Islam yang lain pun akan ada yang mengamuk.

Mungkin kalau golongan liberal Bangsar ni nak faham kenapa susah benar nak halau Zakir Naik ni, kau tak payah pergi sampai Kelantan untuk tau kenapa sampai 70,000 orang boleh penuh di Stadium Sultan Mohamad VI tu.

Kau drive sikit je pergi Bangi, atau Shah Alam, atau Setiawangsa, atau Gombak, dan kau akan faham yang crowd geng kopi mahal korang ni kecik je sebenarnya.

Mahathir ada kepentingannya, PAS ada kepentingannya, dan Zakir Naik ada kepentingannya. Semua ni ada higher agenda demi Islam, berbanding perspektif dogmatik sempit liberalisme yang bak kata Putin semakin dah tak relevan ni.

Liberal ni idea zaman moden dari zaman Voltaire, Jean Jacques Rosseau dan Thomas Paine. Liberalisme ni dah ada di bumi ni sejak 1700an lagi. Kemuncaknya bila Amerika menang Perang Dingin.
.
Kenalah terima hakikat apa jua idea, satu hari nanti ia akan lapuk, dan idea moden ni dah lapuk. Sekarang zaman pasca moden.
.
Dan orang macam Zakir Naik, kau suka atau tak, adalah tokoh pemikir pasca moden. Kau suka atau tak, deal with it.
.
Sumber Asal : https://www.thepatriots.asia/liberal-tak-faham-kenapa-susah-sangat-nak-halau-zakir-naik/

05 January 2015

Wanita Jangan Sembur Air Paip Di Dalam Kemaluan

JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dlm kemaluan.. mugkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya "kentut Vagina".


‘Vaginal flatulence’ atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Jikalau kentut itu berbau yakni tidak ‘odourless’ maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.


Kentut vagina boleh diatasi dengan;

~~Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
~~Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
~~Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab .
~~elakkan makan sejuk2 dan berair. makanan sejuk beku, tembikai, ais 

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat.

Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.

23 December 2014

Lelaki sibuk hantar mesej lucah sehingga anak mati kepanasan dalam kereta



GEORGIA: Seorang bapa didakwa di mahkamah Georgia Amerika Syarikat atas tuduhan menyebabkan kematian bayi lelakinya yang berusia 22 bulan.

Tuduhan dibuat selepas dia didakwa sibuk menghantar mesej berbaur seks kepada enam wanita berbeza termasuk seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mengabaikan bayi terbabit dan menyebabkannya meninggal dunia.

Tertuduh Justin Ross Harris bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Mahkamah juga telah menolak permohonan ikat jamin tertuduh.

Harris kini menunggu keputusan sama ada dia juga akan didakwa atas kesalahan membunuh.

Bayi malang terbabit meninggal dunia selepas ditinggalkan di kerusi belakang kenderaan bapanya ketika suhu panas. Harris mendakwa dia terlupa untuk meninggalkan bayi itu di pusat penjagaan.

Bayi itu dikatakan terperangkap lebih dari tujuh jam sehingga meninggal dunia.

Ketika perbicaraan, pihak pendakwaraya mendedahkan maklumat yang diperolehi dari komputer, telefon pintar dan peranti tablet tertuduh.

Menurut pendakwaraya, tertuduh menghantar pesanan ringkas SMS berbaur dengan mesej lucah termasuk menghantar gambar bahagian sulitnya kepada seorang remaja.

Lebih menyedihkan apabila Harris dikatakan membaca artikel berkaitan individu yang tidak inginkan anak dan menonton video mengenai orang yang nazak.

Dia juga melakukan carian berkaitan had umur dibenarkan melakukan seks dan bagaimana untuk kekal hidup di penjara.

Satu lagi video yang ditonton memaparkan bagaimana pengalaman haiwan merana sebelum mati dalam keadaan panas.

Isteri tertuduh juga sedang disiasat mengenainya.


Gambar Banjir Pantai Timur 2014,subhanallah.



22 December 2014

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI !!!


PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI !!!
Silalah cuba mana-mana cara berikut :
1. Kulit pisang :
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih....
2. Daun sireh muda :
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut....
3. Daun betik, beras, air dan kayu manis :
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam...
4. Hampas kelapa :
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu....
5. Putih telur :
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih...

17 December 2014

LAPORAN HUJAN, ARAS AIR SUNGAI, DAN BANJIR SEMASA NEGERI KELANTAN

Displaying 740107507_37801.jpgDisplaying 740108565_37572.jpg
Gambar :Balai Islam Lundang,Kota Bharu.

Kawasan Yang Terlibat
LAPORAN HUJAN, ARAS AIR SUNGAI, DAN BANJIR SEMASA NEGERI KELANTAN
Tarikh : 17/12/2014
Masa : 12.00pm
HUJAN
~Sederhana Lebat (11-30mm), cuaca mendung
1) Tumpat
2) Bachok
3) Pasir Mas
4) Pasir Putih
5) Kota Bharu
6) Gua Musang
7) Jeli
8) Tanah Merah
9) Kuala Krai
10) Machang
ARAS AIR
~Bawah aras Waspada
1) Sg Galas, Kg Lembaga, GM
2) Sg Lebir, Kuala Koh, GM
3) Sg Galas, Limau Kasturi, GM
4) Sg Kelantan, Air Mulih, PM
5) Sg Golok, Kuala Jambu, Tp
6) Sg Kelantan, Jeti Kastam, KB
7) Empangan Bukit Kwong, PM
~Menghampiri aras Amaran
1) Sg Kelantan, Kusial@Tanah Merah aras 13.51m (aras Amaran 14.00m)-trend menaik
2) Sg Pergau, Air Bol@Tanah Merah aras 71.57m (aras Amaran 73.00m)-trend menurun
~Menghampiri aras Bahaya
1) Sg Lebir, Tualang@Kuala Krai aras 32.38m (aras Bahaya 35.00m)-trend menaik
2) Sg Golok@Rantau Panjang aras 8.92m (aras Bahaya 9.00m)-trend menaik
3) Sg Galas, Dabong@Gua Musang aras 35.13m (aras Bahaya 38.00m)-trend menaik
4) Sg Kelantan, Kuala Krai aras 23.27m (aras Bahaya 25.00m)-trend menaik
~Melebihi aras Bahaya
1) Sg Golok, Jenob@Tanah Merah aras 24.83m (aras Bahaya 23.50m)-trend menurun
BANJIR SEMASA
~Jeli
1) Kg Jeli Lama dan Jeli Dalam - 31 Keluarga
2) Kg Layat - 11 Keluarga
3) Kg Lakota - 26 Keluarga
4) Kg Gemang - 30 Keluarga
5) Kg Ayer Lanas - 25 Keluarga
6) Kg Sg Satan - 4 Keluarga
7) Kg Kalai - 25 Keluarga
~ Pasir Mas
1) Madrasah Hj Daud, Kg Baroh Pial - 6 Keluarga
~ Tanah Merah
1) Bukit Bunga
9 Keluarga - SK Ayer Lanas
11 Keluarga - Madrasah Kg Rebab
1 Keluarga - SK Kulim Laporan dihantar oleh rakan group yang menetap di pantai timur.

Sponsor