1937-2008
You Tube-The Arrivals Part2(Penguasaan Minda)
Saya perlu menanyakan satu soalan penting.....
Apakah cara yang paling jimat untuk menguasai dunia?
Dua perkataan.....
Jawapan:Penguasaan minda
Berikut kenyataan Carlin
"Kamu mungkin boleh perasan yang saya tidak merasa seperti apa
yang disuruh saya merasakan selepas peperangan itu!
Yang kerajaan AS menyuruh kami merasa apa yang patut kita rasa
akan peperangan itu.
Kamu lihat,minda saya tidak berfungsi seperti sebegitu!!
Saya ada satu perbuatan bodoh yang saya selalu buat yang dipanggil
BERFIKIR!
Dan saya bukan seorang rakyat Amerika yang bagus kerana saya
suka memberi pandangan sendiri!
Saya tidak mengikut apa yang disuruh secara membuta tuli!
Sedihnya di sini,kebanyakkan rakyat Amerika mengikut walaupun
tidak disuruh!!
Tetapi saya tidak!!
Saya ada peraturan saya sendiri yang saya hidup dengan..
Pertama,saya tidak mempecayai apa-apa pun yang kerajaan beritahu saya.
Apa-apa pun!Kosong...
The arrivals:Perkara yang sedih tentang sejarah kita adalah betapa kerap
kalinya ia berulang.
Yang berikut telah disebut pada tahun 1991,dan seseorang boleh bersumpah
bahawa Mr.Carlin sedang memberitahu mengenai isu semasa kita.
Kata Carlin lagi
(sambungan dari yang pertama tadi)"dan saya tidak begitu memperdulikan media dan syarikat berita masa kini yang dalam
kes Peperangan Gulf merupakan kakitangan tidak bergaji bagi pihak kerajaan.
dan mereka juga seperti Agensi Perhubungan Awam yang tidak sah bagi kerajaan AS!
Jadi saya tidak mengikut arahan mereka,dan saya sebenarnya tidak mahu mempercayai negara
saya.Tetapi saya kena beritahu kamu semua,saya tidak begitu terikat dengan
riben kuning dan bendera Amerika!!,
Sekarang saya mahu bercerita tentang apa yang membuat kita bersatu.Benda yang
menonjolkan persamaan kita,bukan perbezaan kita.Sebab itulah yang selalu kamu dengan dalam
negara ini!Semuanya tentang perbezaan kita!
Itulah yang selalu media dan ahli politik berkata tentang.Perkara yang memisahkan kita!Perkara
yang membuatkan kita berbeza dari orang lain!Dan begitulah cara ia berfungsi walau dimana jua negara
kamu berada.Mereka cuba untuk memisahkan rakyat mereka.Mereka mengekalkan supaya golongan bawahan dan pertengahan
bergaduh sesama sendiri,supaya mereka yang kaya boleh lari dengan semua duit!
Perkara yang sama juga berlaku semasa kamu berkerja.
Keturunan,agama,latar belakang etnik dan nasional,perkerjaan,gaji,pendidikan,status sosial,jantina.
Apa-apa jua yang menyebabkan kita terus bergaduh sesama sandiri supaya mereka boleh terus pergi ke bank!
Bagi kelas-kelas sosial dan ekonomi di negara ini,
Kelas atas:menyimpan semua duit,dan tidak bayar apa-apa cukai. (Menteri dan para kroninya)
Kelas pertengahan:membayar semua cukai,dan membuat semua perkerjaan.
Yang miskin pula,hanya untuk menakutkan golongan pertengahan di atas!
Memastikan mereka semua pergi bekerja supaya tak jadi seperti mereka yang miskin.
(Maksudnya apabila golongan pertengahan melihat kemiskinan yang berlaku kepada golongan miskin,mereka aku menjadi takut dan akan terus berkerja jika tidak mahu menjadi miskin)
Ahli-ahli politik biasanya berselindung di sebalik 3 benda:
Bendera,Kitab Injil,dan kana-kanak.Tiada kanak-kanak ditinggalkan..
Oh ye ke?Bukan ke dulu kamu cakap yang kanak-kanak didahulukan?
Didahulukan,ditinggalkan..Ada orang ketinggalan di sini..
Tapi ada sebab,ada sebab mengapa pendidikan tidak bagus!Ia juga adalah sebab mengapa ia tidak akan
dibaiki!Jangan datang mencarinya,kamu redha dengan apa yang kamu dapat.Kerana pemilik negara ini tidak mahu yang sedemikian.
Contohnnya: membiar dan menghalalkan segala hiburan yang melalaikan untuk hiburan kepada kanak-kanak,seperti,program realiti TV,drama yang penuh dengan elemen percintaan dan lucah,lebih banyak pemberian kemudahan percuma yang nyata menjadikan kanak-kanak melebihkan masa berhibur dan leka daripada mencari ilmu,tidak perlu saya sebutkan apa itu kemudahan yang murid-murid sekolah Rendah dan terima baru-baru ini,katanya kemudahan itu akan membolehkan pelajar kita menggunakan IT untuk mencari maklumat tetapi hakikatnya membawa lebih keburukan,kerana dengan mudah mereka menipu ibu bapa mereka dengan alasan guna internet untuk study tapi yang lain dibuatnya.)
Saya bercakap tentang pemilik sebenar negara ini!Ahli-ahli bisnes yang kaya-raya yang membuat semua keputusan.
Lupakan ahli-ahli politik!Mereka hanya diletakkan di situ kononnya memberi kebebasan memilih kepada kamu.
Sebenarnya,kamu tiada pilihan.(Mereka memaksa memilih mereka,Jika tidak kita dianggap tidak mengenang jasa pemimpin,tetapi mereka lupa siapa yang menaikkan nama mereka,mereka yang terhutang budi dengan kita)
Kamu ada pemilik.Mereka memiliki kamu!Mereka mamiliki kesemuanya!Mereka memiliki tanah-tanah penting!Mereka memiliki semua
syarikatyang besar!Semua orang patuh pada mereka!Dan mereka juga memiliki semua syarikat media supaya mereka mengawal semua
maklumat yang disalurkan kepada kamu!Mereka menghabiskan berbillion-billion dollar untuk menghasilkan apa yang mereka mahu!
Mereka membeli perhiasan diri mereka dengan nilai jutaan ringgit???
Dan kita tahu apa yang mereka mahu!Mereka mahu lebih kepada mereka,dan kurang kepada orang lain!
Tetapi saya beritahu apa yang mereka tidak mahu.Mereka tidak mahu rakyat yang mempunyai keupayaan berfikir dan di didik dengan elok
(Jika lebih ramai rakyat bijak,makalebih ramailah yang menetang mereka jadi ini yang mereka tidak mahu)
Itu tidak membantu mereka!Itu adalah berlawanan dengan kehendak mereka!
Mereka tidak mahu rakyat yang bijak boleh tahu mereka sedang dipergunakan dengan sebuah sistem yang mereka buat 30tahun yang lalu
sambil berseronok didapur!
Mereka tidak mahu itu!Nak tahu apa yang mereka mahu?
Mereka mahu,pekerja setia!Orang yang cukup bijak untuk mengendalikan
mesin-mesin kerja tetapi cukup bodoh untuk menerima pekerjaan mereka ini kononnya bagus,kurang kerja
,lebih duit,duit pesaraan,dan lain-lain.Dan sekarang,mereka datang untuk duit sekuriti sosial kamu!Mereka mahu duit persaraan kamu semula!
supaya mereka boleh memberikan duit itu kepada rakan penjenayah mereka.Mereka kelak akan mendapatkan semua ini kerana mereka memiliki tempat ini.
(Mereka mahu rakyat terus berkerja untuk menyediakan wang untuk kehidupan yang selesa dan hiburan mereka)
(Penginapan semalaman mereka disini bernilai RM100,000,tapi betul ke mereka tidur disitu pada malamtu,atau Hotel Atlantis Dubai ni digunakan sekadar untuk mandi dan menyalin pakaian.)
Tetapi rakyat
Terpaksa hidup bersempit selama beberapa tahun tanpa sebarang bantuan.
(Gambar ini diambil dimalaysia bukannya negara lain)
Ia adalah kelab yang besar,dan kamu bukan antara ahlinya!"kata beliau.
(Duit yang diusahakan oleh penat lelah rakyat dihabiskan untuk kroni-kroni mereka)
Dalam ingatan Geoge Carlin:1937-2008
"Bentuk penguasaan paling besar ialah apabila kamu rasa kamu bebas,tetapi kamu sebenarnya sedang dimanipulasi.
Satu bentuk manipulasi ialah apabila kamu berada di dalam penjara.Kamu boleh lihat tiang besi penjara itu dan menyentuhnya.
Yang lagi satunya,kamu berada dalam penjara tetapi maku tidak dapat melihat tiang penjara itu dan berasa bebas.
Apa yang manusia sedang menderita dari ialah pemukauan.Kita sedang dipukau oleh orang seperti ini.
Pembaca surat khabar,ahli politik,guru-guru di sekolah dan universiti.
Kita berada di dalam dunia yang sedang berada di bawah pemerintahan orang-orang yang begitu gila.
Jurang perbezaan di antara apa yang diberitahu,dan apa yang sebenarnya berlaku adalah teramat besar.
Pemukau paling kuat di dunai adalah sebuah kota(televisyen)di sesuatu bilik.
Ia sedang memberitahu kita apa yang sepatutnya dipercayai adalah benar!"
(Media dipelopori oleh mereka untuk menyebarkan fakta dan tuduhan yang belum pasti atau tidak,tanpa memberi peluang kepada yang tertutuh untuk menjawab,rakyat yang kurang berfikir mudah termakan dengan hasutan mereka.Dan rakyat yang menetang akan ditangkap dan didakwa dibawah akta hasutan,)
Fakta lain:Sejarahnya,penguasaan dan manipuasi pendapat politikal merupakan senjata utama Freemasons
dalam usaha menguasai kerajaan dan negeri.Apabila mereka menguasai pemerintah,undang-undang,dan struktur politik negara,ia akan diubah mengikut
apa yang mereka mahu dan tetapkan.Walaubagaimanapun,penyekatan jasad tubuh seseorang tidak semestinya menyekatkan pergerakan minda mereka,freemasons akan
melakukan apa jua untuk merealisasikan wawasan mereka untuk menerapkan pemerintahan
dunia baru.Dan sekaligus,menghapuskan ancaman mengikut kehendak mereka.
Dan ancaman mereka yang paling teruk,selain daripada ancaman ketenteraan dan undang-undang,adalah ancaman minda yang memikir secara rasional.
Untukmenghapuskan ancaman ini,dan untuk mencapai wawasan mereka,mereka telah mengukir satu pelan yang paling mahsyur.
Penguasaan sepenuhnya terhadap setiap aspek kehidupan manusia,KEHIDUPAN KAMU!!!!
Mudahnya menyampaikan maklumat hanya dengan klik sahaja.
Share di facebook saya
No comments:
Post a Comment