Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






25 September 2011

Derita Terjabak Pelacuran

Cerita ini dikongsikan adalah sekadaruntuk memberi Pengajaran kepada kita semua.Bukan untuk menjatuhkan air muka sesetengah pihak,semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua.

(sekadar hiasan)
Setiap hari Sheila,41,bagaikan penghuni setia menunggu pelanggan-pelanggannya di tembok batu lorong belakang.Bagi Sheila selama 11 tahun dia menjadi perkerja seks,pelbagai dugaan dan cabaran yang sudah dihadapinya.Namun Sheila tetap tabah mengharungi kehidupan seperti itu yang tidak ada penghujungnya.
   Walaupun Sheila baruberusia 41 tahun tetapi raut wajahnya agak seperti sudah berumur 60an lantaran kepayahan dan kesengsaraan hidup yang dilaluinya tanpa henti.
    Menurutnya,dia pernah mendirikan rumah tangga selama 10tahun dan pasangan terpaksa berpisah kerana bekas suaminya kaki botol tegar.Manakala dua anaknya terpaksa berhenti sekolah selepas dia bercerai dengan suaminya itu.
   "Mana boleh tahan kalau suami asyik mabuk sampai saya malu mahu cerita ini hal,"jelas Sheila.
Malahan Sheila terpaksa menebalkan muka berjumpa dengan jiran-jiran untuk meminjam wang dan beras kerana duit gaji suaminya habis begitu sahaja.Mujurlah jiran-jirannya mengetahui penderitaan Sheila menghulurkan bantuan tapi sampai bila?
  "Suatu saya sendiri minta berpisah dengan suami lantaran sudah tidak tahan dengan perangainya.Saya ambil keputusan keluar dari rumah dan bawa anak-anak sekali balik kampung,"kata Sheila.
"Deyyyyihh...lu mau keluar ...ok..aku tak ada hal.Lu sekarang boleh berambus dari rumah ini!Bawa lu punya anak-anak sekali balik kampung,"Kata Sheila.
Selepas suaminya bercakap begitu,Sheila terus membawa anak-anak masih kecil ke rumah bapanya sebab ibunya sudah meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang.Semasa menetap di kampung kehidupan anak beranak itu bertambah susah lantaran bapa Sheila hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan.Adakalanya mereka tidak makan lantaran kesusahan hidup yang dialami.
 "Itu jam saya hidup susah.Setiap hari makan nasi dengan kicap sebab tak mampu beli ikan.Kadang makan nasi dengan air garam saja.Gaji bapa saya kadang majikan bayar kadang tidak bayar dengan alasan ekonomi tidak ada baik.Hari2 saya menangis mengenang diri saya dan anak2 ,"katanya.
  Sheila tidak mempunyai ikhtiar lain untuk meringankan beban bapanya mencari nafkah kehidupannya.Memandangkan usianya awal 30an akhirnya Sheila tekad memcari perkerjaan di Kuala Lumpur dan Meninggalkan anak2 dengan bapanya itu.
   Apabila menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur,Sheila terus menggunakan sijil darjah enamnya untuk mencari perkerjaan sesuai.Dia diterima bekerja sebagai pembantu dapur dengan rutin hariannya membersihkan pinggan mangkuk,periuk belanga,membersihkan restoran dan tandas disalah sebuah restoran mamak dengan gaji RM600.
  "Direstoran itu saya hanya kerja dua tahun saja sebab susah mahu cuti dan kerja betambah tapi tak naik gaji.Waktu kerja dari pukul enam pagi sehingga lapan malam.Kalau cuti pun kena potong setengah gaji.Setiap hari saya kerja serupa lembu dan kena buat semua kerja.Saya beritahu itu mamak mahu cuti tapi alasannya tak boleh sebab hari-hari ada ramai pelanggan.Kalau macam tu naik gaji sayalah sebab buat macam-macam kerja.Kata-kata saya membuat mamak taukeh restoran tu marah dan suruh saya berhenti sebab banyak komplen,"tegas Sheila yang akhirnya dibuang kerja.
   Selepas diberhentikan kerja,kehidupan Sheila terus terumbang-ambing.Dia tidak tahu ke mana lagi mahu membawa dirinya sehinggalah terdampar di lorong belakang kawasan pelacuran Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Di situ Sheila didekati beberapa wanita muda dan sama usia dengannya.Mereka menyangkakan Sheila ingin menjadi perkerja seks di situ.Lantas Sheila terus menceritakan kesusahan dan penderitaan hidupnya.
"Ohh...itu macam cerita.Tapi kalau lu mau hidup dalam KL macam mana?Mau makan minum,kencing berak semuanya pakai wang.Mana ada free?Kalau lu suka,lu ikut kita orang kerja layan jantan,"kata Noni merupakan pekerja seks senior di kawasan berkenaan.Sheila tiada pilihan selain menjerumuskan dirinya dalam kancah pelacuran.
  Kini sudah 11 tahun Sheila terbabit dalam kancah pelacuran dan mengakui sukar mendapatkan pelanggan  kerana saingan perkerja seks lebih muda darinya.Selain itu aktiviti pelacuran sedikit terjejas lantaran serbuan pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam dan menangani kes2 pelacuran.
"Sekarang abang tengok sudah pukul 11 pagi pun mana ada orang datang sini?Saya sudah tunggu sini sejak pukul tujuh pagi tapi tak ada satu pelanggan pun,"terus terang Sheila.Katanya lagi meskipun ada pihak mencadangkan dia menetap di pusat jagaan orang tua tetapi dia menolakknya lantaran tidak mahu hidupnya dikongkong.
"Buat apa pergi sana?saya tak makan pun tak apa asalkan ramai kawan-kawan di sini.Mungkin mati pun lebih baik dekat sini,"katanya.Tegasnya lagi sejak terbabit dalam kancah pelacuran tidak pernah menjenguk anak-anaknya di kampung.
Semasa temubual,Sheila turut memberitahu sejak terlibat dalam aktiviti pelacuran hidupnya sentiasa dihimpit kebimbangan terkena penyakit siplis dan kelamin lainnya.Bila demam atau sakit,Sheila lebih selesa membeli ubatan di farmasi kerana bimbang doktor memberitahu menghidap penyakit kelamin dan lainnya.
"Sudahlah hatu susah tak ada pelanggan.Hari-hari tidak boleh tidur sebab fikir macam-macam penyakit bila buat ini kerja,"Katanya.


No comments:

Post a Comment

Sponsor