Bagi si lelaki amat mudah jika mereka bersikap berlepas tangan kerana tidak mendatangkan kesan kepada kehidupan mereka pada masa akan datang,tetapi bagaimana pula dengan si perempuan,adakah maruah dan kehormatan mereka dapat dikembalikan.Wahai si perempuan ketahuilah sejahat-sejahat mana pun si lelaki pilihan mereka untuk dijadikan isteri hanyalah lebih kepada kesucian,ini bukan kerana faktor seks,Amat sedikit si lelaki yang sanggup berkahwin dengan seorang wanita yang sudah tiada kesuciannya,jika ada pun mungkin dengan wanita yang dia sendiri rosakkan.Bagi lelaki yang belum pernah bercinta keegoan yang tinggi akan menyebabkan mereka lebih memilih seseorang wanita untuk dijadikan pasangan mereka,jika kalau boleh yang mempunyai status seperti mereka sendiri,dengan harapan wanita itu belum disentuh sesiapan pun(harap faham).
Ingatlah wahai kaum wanita kekasih anda bukan hanya seorang didalam hidup anda,jadi jangan mudah menggadaikan maruah anda kerana cintakannya,jika ini sudah terjadi terfikirkah anda dapatkan lelaki lain yang dapat menerima anda.
Jadi, apakah pentingnya dara atau “HYMEN” wanita tersebut? KEPERAWANAN sebenarnya merupakan ‘lambang‘ kesucian seorang wanita. Malah, setiap lelaki sentiasa mengharapkan wanita yang dinikahinya akan memberi ‘tanda kesucian ini’ pada malam pertama mereka melakukan hubungan kelamin. Namun begitu tidak kurang juga yang tidak kisah lebih-lebih lagi sekiranya mereka inilah yang menjadi raja merosakkan wanita.
Tidak semua wanita di zaman sekarang ini mampu berbuat demikian kerana selaput dara yang mereka miliki mungkin telah ‘ditebuk tupai’ atau terpecah semasa melakukan aktiviti lasak seperti berkuda atau menunggang basikal. Ada juga yang menyalahkan lelaki kerana menggoda atau memaksa mereka. Ini banyak terjadi di kalangan remaja kita sekarang ini yang hidup di kota akibat dari pergaulan bebas tanpa batas. Keadaan ini lebih menular di kalangan MINAH REMPIT!Akibatnya, ramai wanita yang ‘hilang dara‘ dan ingin ‘mengembalikannya’ supaya rahsia itu tidak diketahui bakal suami, sanggup mendapatkan khidmat bomoh. Rawatan yang pada asalnya bertujuan merawat sistem peranakan lebih-lebih lagi bagi yang kerap melahirkan anak dan ‘mengencangkan’ semula alat sulit, bertukar menjadi rawatan menutup rahsia. Dengan bayaran sekitar RM150 hingga RM900 seorang bergantung kepada teknik rawatan, kesucian dan permata yang hilang dek ketelanjuran bersama teman lelaki pada masa lampau didakwa mampu dikembalikan. Bakal suami dikatakan tidak dapat menghidu perbuatan itu kerana alat sulit yang sebelum ini ‘hancur’ dapat dibaikpulih seperti seorang dara. Namun begitu, banyak juga yang tertipu. Lalai dikuasai ilmu pengasih Si Bomoh, sehingga mereka pula “diroket” oleh nafsu rakus jantan pawang tadi. Yang paling baik ialah wanita menidakkan segala pujuk rayu lelaki tersebut dan memelihara diri dari duduk berdua-duaan sahaja.
Wanita yang suci bagai ada kuasa
Seorang gadis yang suci dapat memilih lelaki untuk dijadikan pasangannya kerana ranking perminatnya adalah tinggi berbanding si perempuan yang telah dirosakkan.
No comments:
Post a Comment