Pages

JUMLAH PELAWAT

FOLLOWER

FOLLOW

Sponsor






14 November 2010

Menjadi seekor binatang atau seorang manusia siapa lebih untung?

Pada suatu ketika Allah memerintahkan malaikat Jibril untuk menemui sekor kerbau dan memintanya bertanyakan soalan kepada haiwan berkenaan.Jibrail segera mematuhi perintah itu.

Apabila bertemu dengn kerbau Jibril pon bertanya:<"hai kerbau,adakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?.Lalu kerbau menjawab"Masya Allah!Alhamdulillah.Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku kerbau yang lebih baik dari menjadi seekor kelawar yang mandi air kencingnya sendiri."

Setelah mendengar jawapan dari kerbau,Jibril pergi berjumpa pula dengan kelawar pula yang sedang tidur di dalam gua dan bertanya:>"Hai kelawar,apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai kelawar?."

"Masya Allah!Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku kelawar daripada dijadikan seekor cacing.Tubungnya kecil,tinggal didalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya."jawab kelawar.

Jibrail bertemu pula dengan cacing yang sedang berayap lalu bertanya:>"Hai cacing.Apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor cacing?"
  Lalu cacing menjawab"Masya Allah,Alhamdulillah!Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikan aku sebagai manusia,kerana apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal,ketika mereka mati,mereka akan diseksa selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Sponsor